Thursday, December 4, 2014

M2M - The Day You Went Away







Alkisahnya... Lagu ni penah buat Cik Bunga menangis bertahun lamanya. Menyesal yang memang tak berguna.. Tersiksa ya amat.. 

Cik Bunga pernah ada 'sesuatu-yang-tak-disangka' dengan seorang jejaka ni. Kami kenal 31.12.2006, umur masa tu 16thn. Dia la jejaka pertama yang Cik Bunga sayang to the max. Masa tu Cik Bunga 'berikrar' kononnya dia lah yang pertama dan terakhir, dan dia lah bakal suami Cik Bunga (How childish-immature am I). Tapi nak wat cemana, lepas SPM kitorang tersalah paham sikit je pon. Pastu jejaka itu merajuk, lama Cik Bunga nak pujuk dia, Masa tu memang konon2 rase macam putus cinta la. Taknak makan, taknak keluar bilik, taknak g pasar malam (Cik Bunga suka g pasar malam time tu). Nak di pendekkan cerita, lepas sesi pujuk memujuk tak lepas, Cik Bunga dengan bodohnya telah nekad nak tunggu dia gak sampai dia leh terima Cik Bunga kembali. Bayangkan, dari pas SPM, masok matrik, masok U, abeh U pon Cik Bunga tunggu dia gak. Sampai la taon pertengahan 2014 ni, Cik Bunga macam dah sedar dari lamunan yang terhenti panjang, toksah laaa nak mengharap lagi pada yang tak sudi. Ada baiknya kita move on and perbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik. Mana tahu kot dapat lagi baik dari dia kan. Tapi tu semua kenangan la. Skang ni pon dah jarang kami contact. Tapi ada la satu hari tu Cik Bunga termimpi sal dia. Dalam mimpi tu dia dah kawen kat belah utara, langsung tak bagi tau Cik Bunga, Cik Bunga tahu pon dari ibu. Wife dia dalam mimpi tu adalah seseorang dari dak ofis dia and bermula dari huruf A. Tak tau la sapa kan. Punya la nangis teresak-esak dalam mimpi tu. Apa la Cik Bunga ni. Get a life lah!

Wednesday, December 3, 2014

Sebulan sudah...

Harini 03.12.14 genap sebulan Cik Bunga keje kat tempat baru ni. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana di beri peluang dan kesempatan untuk bekerja semula setelah sebulan menganggur dari kerja yg lepas. Tapi!!! Harini Cik Bunga terlambat bangun daaaaaaaaaa. Terlupa nak set alarm td malam.. sebab mengantuk sangat terus ketiduran gitu.

Tapikan Cik Bunga pelik la. Tadi pagi jam 4.04am, Cik Bunga tetiba je terjaga sebab macam terdengar abang Cik Bunga panggil. Tapi imposibble la... apekejadahnye dia nak panggil pagi2 buta camtu. Dia pon tengah lena di ulit mimpi agaknye. Pastu di sebabkan ngantuk ya amat Cik Bunga pon teruskan tido. Tup2 dah jam 6.50pagi. Hamekkawwww... kelam kelibut bangun. Ngan baju lom iron. Tak sempat Cik Bunga nak pakai Nivea In Shower Conditioner. hahaha.

Sebenarnye ni blog Cik Bunga yang ketiga. Blog pertama n kedua dah lupa password. Hihihi. Bukan apa, saje wat blog sebab nak menulis kat diari malas sebab tulisan buruk nau2. Nak coret kat social network nanti orang kata Cik Bunga mencapap lak. So, I've decided to create new blog as my diary.com. Sesape yang terbaca ni, jangan nak condemn lak ye. It's my right to write and it's your right to read. Nak bace, bace, taknak bace sudah. Simple kan. Alaaahh, tapi pon bukan ade reader pon. Hahaha.. Pape je la Cik Bunga oiiii.

Owh, kenapa nama 'Cik Bunga Yang Garang'? Sebab Cik Bunga suka name 'Bunga' and kawan-kawan and dak ofis Cik Bunga cakap, Cik Bunga ni garang. Muka je garang, tapi hati baik...puiiihhh. hahahhaha.