Wednesday, October 28, 2015

Breakout experience

Selamat hari Rabu.. Selamat bekerja.. Selamat berehat. Salam 1 Malaysia. 

Harini nak share sikit la pasal skincare yang dok pakai la ni. Ye la muke aku kan teruk dari bulan 6 haritu dek kerana stress yang melampau. Sampai kitaran haid aku pon bercelaru. Mase Ramadhan haritu aku punye period almost sebulan. Kau rase? mampu nak ganti pose sebulan? Tapi sebenarnya kalau hukum Islam lebih 15hari dah kira Istihadah la.. Wajib puasa dan solat. Tapi aku kira gak waktu Istiadah aku tu skali dalam ganti puasa. Taknak was2.. even aku puasa time tu, aku nak ganti gak.. InsyaAllah.. 
tudung coklat gambar mula2 muka aku naik jerawat
tudung pink gambar muke aku yang asal sebelum jerawat singgah,,gebu gebass tak? haha.. sekarang tinggai kenangan je la...

Ok, back to story. Disebabkan stress yang melampau, muka aku ditumbuhi jerawat yang Nauzubillah teruk. Sepanjang hayat aku berumur 25 tahun, ni la kali pertama muka aku naik jerawat yang sangat2 teruk. Aku akui sebelum naik jerawat tu aku ada tuka2 serum muka. Tapi jerawat aku menggila bukan lah sebab produk muka, tapi memang sebab hormon tak stabil. Bayangkan, aku naik jerawat akhir bulan 5, sikit demi sikit dia naik. Bulan 6 puasa, bulan 7 raya. Kau bayangkan aku beraya dengan jerawat penuh sekeliling muka. Down sungguh aku rasa. Sampaikan masa buat majlis buka puasa kat rumah kampong, anak buah aku, lelaki, umur 5 tahun, ckap kat aku muka aku buruk sebab hitam2. Kau rasa? budak2 tak menipu weh. kalau buruk tu, buruk sungguh la jawabnye..  sentap makcik nak.! 

Time raya lagi la, memang tak beraya sangat pon, malas nak jumpa orang dengan keadaan muka yang camtu. Berbulan2 gak la aku tersiksa dengan jerawat hantu ni. Tapi Alhamdulillah sebab jerawat ni tak naik kat tengah2 muka, dia cuma naik kat sekeliling muka. Tepi pipi, bawah dagu, kat dahi.
Kak R menjadi saksi kelembapan aku malam itu, gara2 stress.. hahaha
Mula-mula naik jerawat tu aku still pakai Nour Ain lagi, complete set la kecuali serum. Pastu setelah dinasihatkn oleh kawan aku, dia suh aku stop pakai skincare, just basuh muka dengan air suam.. Disebabkan tension jerawat naik, sel-sel otak aku pon lambat berhubung. haha.. boleh pulak kawan aku suh basuh ngan air suam, aku cakap susah nak dapatkan air suam, sebab kene tunggu sejuk dlu..padahal tambah je la air sejuk owk.. haha..sengaiii.. 

Masa tu aku memang tak pakai pape, cuci muka guna sabun pon dua hari sekali.. tu pon aku tuka pencuci, aku beli safi balqis.. Hari-hari aku akan google cara-cara merawat jerawat. macam-macam cara aku jumpe. salah satunye, blogger tu suh tempek bedak aiken powder tu ala-ala bedak sejuk. tiap malam aku wat, untuk keringkan muka. Tiap hari gak aku pakai bedak tu g opis, sampai akak cleaner kat opis aku tegor, asal muke aku putih sangat (bace; tepung gomak).. giler malu kot.. hahahaha. 

Pastu aku ade follow satu homemade skincare kat fb, Homemade by Zanox, HBZ.. Die buat sendiri, cleanser, moisturizer, cream deodorant, lip balm, macam2 la die wat. Then aku pon try la cleanser die.. 55ml RM18 kot, x engat.. So far aku pakai ok la.. Tapi jerawat still tumbuh masa tu.. 

Ni la keadaan kulit muka aku dalam bulan 8 camtu.. Just a few weeks before wedding kak A. Geli kan.. sobsobsob...
Dalam masa yang sama aku beli gak antibiotic untuk jerawat,tetracycline.. Aku makan tu pon jap je,, tak abes pon aku makan sepapan tu, ade la dlm 10 biji.. sebab aku ni bangsa pemalas nak makan pil. hahaha..Disebabkan makan pon tak abes, so bakteria jerawat aku pon tak mati la., maksudnya makin membiak la depa kat muka aku ni.. T__T. 

Pastu ada satu hari tu kawan U aku post kt fb, dia kata produk ni bagus dan mengeringkan jerawat. Aku pon excited la. tak pasal2 pm member tu sbb nak tau set yang mana satu. Yang ni 1set ada 3 barang; cleanser, toner and hydration lotion. Aku pon beli la lusa tu, kat watson, RM 88 tak silap, brand Eucerin Dermopurifyer... Dan aku pakai set tu sampai la skang.. tak abes lagi.. Rasenye aku beli tu dalam bulan 8 kot? skang bulan 10.. 

Ape jadi kat cleanser HBZ? aku tinggalkan kat opis wat cuci muka before solat zohor. okla.. pastu tertumpah lak kat beg telekung aku.. kebetulan masa tu aku ada dapat free sample dari Cetaphill. So aku pakai la Cetaphill tu untuk cuci muka aku before solat zohor kat ofis. Yang Cetaphill cleanser ni aku sukeeeee sangat sebab dia sangat la mild, gentle and very soft to skin. Paling best boleh jd makeup remover.. tapi untuk makeup yang ringan2 je la.. Caranya, dengan dry hand, letak cleanser dan terus sapu ke muka.. gosok-gosok sikit dan lap dengan tisu atau basuh dengan air.. kemudian bilas.. taraaaaa... hilang dah mekap2 tu sikit. 

Adoi panjang lak entry kali ni,,jenuh nak taip. Ok, selama sebulan aku pakai Eucerin, jerawat aku ade slow sikit la tumbuh.. getting better.. tapi still tumbuh, tu yang tak syok. sebab bila tumbuh, tangan aku gatai nak usik, dah usik, memang berparut la jawabnye. huhu..

Pastu mid September aku ade isi form untuk free trial facial kat MednSpa Beauty. Then beautician dia call aku untuk try, aku pon set la apointment.. Kiranya tu macam first trial aku la wat facial. masa facial tu gile la..die g cungkil segala mata-mata jerawat, blackhead, whitehead dan biji kolestrol kat muka aku. sakit gila.. Tapi kesannya, jerawat aku da tak tumbuh, Still ada, tapi bukan tumbuh tempat yang sama. Sebab dia dah buang mata/akar jerawat tu. So disebabkan itu, aku pon ter ambil la pakej facial dia.. 4kali rawatan rm 411 include 6% Gst.. haha.. Skang tinggai 2kali sesi je lagi..  Masa sesi facial yang kedua beautician promot kat aku serum STM dorang. Aku pon beli je la,,RM78 utk 15gram/ML, untuk kegunaan 2minggu.. so far seminggu aku pakai ok la.. lembut je kulit muka aku.. parut pon macam nampak pudar sikit. Next session aku lepas Deepavali nanti... Seb bek dekat ngan ofis je., so pas abes keje, aku g la sana..  Kite tunggu kesudahannya nanti.. Harap2 la berkesan, ilang jerawat dan parut.. banyak aku melabur.. walau 4ratus, tapi banyak tu oii bagi pekerja makan gaji cam aku ni dengan gaji seciput. hahahaha. 



Ni keadaan dahi aku selepas free facial trial.


Ni pon pp belah kanan aku selepas free facial trial. Die cungkil segala akar2 mata2 jerawat maknenek sume tu,,


Pipi kiri. kalo nampak, jerawat aku disertakan dengan jerawat blackhead sbb pori tersumbat dek ekses oil sebum .. apetah. 

  


Current skincare. cleanser xde dalam gambar. haha
dari kiri, Genvera marvel white (ala2 scrub)
Toner Eucerin
Face serum STM from MednSpa beauty
Hydrating Care lotion Eucerin
Neutrogena Ultra Sheer Sun Block



Genvera Marvel White

Fungsi dia untuk tanggalkan sel-sel kulit mati dan blackhead whitehead. Di perkaya dengan extract green tea, elok untuk kulit berjerawat. Aku jarang guna sangat sebab dia mcam ala2 scrub la.. Once a week je aku pakai.. Beli pon sebab menggedik.. Dah masok guardian, nak cari lain, tapi beli lain. Bese la..orang pompuan.. hahah

Cara pakai; picitkan ke jari yang kering dan sapu ke muka yang sedang kering. Gosok2 sampai kua macam daki2 hitam tu.. pastu bilas atau cuci terus muka dengan cleanser. Kulit akan nampak fresh.



Eucerin Dermopurifyer Toner

Yang ni toner Eucerin. Before pakai toner haruslah cuci muka kan. Aku pakai cleanser dia.. Tapi harus di ingatkan ye, produk Euceri Dermopurifyer ni mmg mengeringkan muka sebab nak keringkan jerawat supaya tak membiak. Tapi kering sangat pon tak elok. So kena la pakai moisturizer.


Cara pakai: Letak kat kapas dan dap2 ke muka. Jangan gosok nanti kasar kulit. Tapi aku tak guna kapas muka, aku terus buh kat tangan dan sapu kat muka sambil tepuk2 bagi cepat serap.


STM serum from MednSpa Beauty

Pakai ni lepas toner. Pamkan ke telapak tangan sebanyak 2 @ 3kali dan sapu ke seluruh muka dan leher. Kena pakai day and night untuk kesan maksima. Nak tau lebih lanjut, blh g FB Mednspa Beauty. 



Eucerin Dermo Purifyer Hydrating Care

 Ni la moisturizer dia. Actually pakai waktu siang je. Tapi aku belasah gak, malam pon kadang2 aku pakai.. haha..jangan tiru kalo taknak muka teruk. Moisturizer dia best. Cepat serap dan kalau kau apply bedak lepas pakai moisturizer nampak cantik je.. Tapi muka aku jenis berminyak gak, so dalam pukul 11 ke atas camtu dah start oily.. Tapi takde la yang mcm boleh buat goreng pisang tu.. 

Cara pakai: Pamkan ke jari dan oleskan ke muka. Ratakan ke seluruh muka dan leher. Dap2 kan jugak untuk serapan yang cepat. 




 Neutrogena Ultra Sheer Dry-Touch Sunblock with SPF 50+

Wajib pakai untuk elakkan sunburn. So far pakai ok la.. Cepat meresap.. Boleh juga jadikan sunblock untuk badan. Harga kt Watson RM28. Beli time promo. Normal price RM 30.++. 

Cara pakai: Picit kat jari, Gosokkan kat telapak jari dulu bagi particle2 dia pecah dan oleskan ke muka. Ratakan sampai tak nampak putih sunblock. 


Haaa.. Abes pon entry skincare ni.. Jenuh oii nak menaip. Harap berguna kpd sesiapa yang mencari. 


Monday, September 7, 2015

Dejavu Di Kinabalu

Harini 6 September 2015. eh bukan, dah 12am, so dah masok 7 september 2015. Aku baru habes tengok citer Dejavu Di Kinabalu.. Padahal citer ni tahun 2012. Ape yang boleh aku cakap, citer ni memang awesome. Best giler. Penghayatan pelakon yang mantop. Sampaikan aku yang susah mak nangis tengok citer cintan cintun drama melayu pon boleh nanges. Kudos to Erma Fatima and barisan pelakon serta krew BTS. Aku juga terikut emosi tengok betapa peritnya Nadira nak handle rasa cinta dia pada Ammar. Dengan suara serak2 basah Tiz, tiap kali dia menangis memang terasa betul kesedihan dia. Aku dapat rasa keterujaan Nadira dan Ammar dlm merasakan kehadiran cinta mereka. perghh ayattt,,,nak skema.. haha.. even dah lewat 3thn baru dpt tonton citer tu, aku sangat kagum. walaupun ending nya sedih. Ada dua scenes, #teamAmmar n #teamBazli.. dua2 ending sedih. papepun, nak gtaw yang Aqasha hensem macho. hahaha.. K gudnite, sok keje.

Barisan pelakon utama; Aqasha (Ammar), Tiz Zaqiyah (Nadira),  Aishah Ilias (Inara) & Nazim Othman (Bazli)

Credit pic: Google

Bayangan cinta vs Hakikat cinta

Credit pic: Google

Scene sedih.. Dira tengah angau dengan Ammar..

Credit pic: Google

Hero saya. Hai Handsome man!! Untung your wife

credit pic: Google

Final Episod; #TeamAmmar

OST Dejavu Di Kinabalu

Butterfly :: Melly Goeslow ft Andhika ::

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Tuesday, April 21, 2015

Mr.K ku kaku

Last sunday I met Mr.K. . We met at TBS. He is all the way from Terengganu heading to land below the wind. I fetch him and send him to klia2. The last time we met was about 10months ago during our friend wedding ceremony. And the story began...

Few weeks after the wedding reception, I received a wassap from Mr.K.  What a surprise to receive a text msg from him. It's around 8am when m on my way to work, in the train. So we chit chat for a while, while waiting to arrive at my station. Just a common text, how r u, how do u do, have u take ur breakfast, etc. And after that we seems to be quite close to each other. Until there is one time I received a msg from wechat. It was him. Saying I love you to me. At that time I tot he's joking. Few weeks later I still received the same text. I was so scared to received that such msg, somemore he's my fren. That thing doesn't stopped there. He kept texting me that words. I felt something not right. And I screencapt the mesej and forward to his wassap. Guess what he's saying? He said that wasn't him. Maybe someone used his wechat. Haha. So funny izzit? How come others can use your wechat? Unless, u let them play with ur phone. That will makes sense a bit lar. Since that day he shy2 to mesej me. I also shy2 to mesej him. Im not sure why m so shy. Do i love him? Or just filled my leisure time? Time flies so fast.

And last sunday we met. Few days before, he told me he wants to come to kl. I asked him why? Then he replied he wants to go back to hometown on Monday. Then without any delay I offered him to send him to epot. Hahhahaha.. tak malu me. Luckily he didn't reject my offer. If not sure malu besar punya. Then on Monday he fly back to his hometown. 1st flight in the morning. He sempat text me b4 take off to take care of myself. So sweet... hahaha.. Then at nite he text me.. we chit chat untill 11 kot. My eyes ngantuk edy. But then, today, he did not text me pon. Not a single text. M waiting for him. Aiyoooo.. so sad la like this.

Not sure whether he is the one or not. Dowan to mengharap so much. Dowan to jual mahal too much. Hahaha..

Ok Mr.K. . I hope u were fine there. Forget me not ya!

Much love, xoxo

Thursday, April 16, 2015

The Dare Game

Jam 2.50pm. Ngantuk sangat. Al maklum la lepas makan tengah hari.. sejuk lagi tu..haruslah ngantuk. hihihi.
Kelmarin cik bunga dapat mesej dari kawan cik bunga kat facebook. Ade "Dare Game" namanya. Bese la kalo dah cmtu, berantai2 la jadinye. orang ni pass org tu. org tu pas orang ni. Game die camni:

Ok The DARE game - Now ur turn. U became a part of d game.U shud have never commented or liked my status. D person who likes or comments on my status must choose one of d following phrases & post it on their own FACEBOOK WALL for 24 hours1. I've been in 42 different relationships.2. My mom arranged me for a blind date.3. I hate him4. I still love my ex.5. I decided to be a gay/lesbian.6. I like her, bt cant tell her7. I want a baby.8. she diched me but i won't9. I'm getting married.10. never thought my wedding would be fixed so soon...... atleast they should hav asked me11. I think I like someone, what should I do.12. I am going to confess something, support me.Note: you can only choose one of these sentences, no explanation,no comment. When someone comments or likes your status,send this message to him/her. you must do it and please keep the secret. Don't break it's a game. Note: you should not explain anything, just post and leave it for at least a day. No killjoys allowed. U r trapped now. Have fun



At first, Cik Bunga nak pilih nombor 4, tapi bila pikir balik, nanti ramai pulak yang akan komen, tanya itu ini. So to make it easy, cik bunga pon pilih la nombor 12 tu.

Then Cik Bunga terpikir sesuatu. Kenapa susah sangat cik bunga nak lupakan ex cik bunga tu. Padahal dia tak ensem, muka jawa, tak romantik, tak cerah, tak berapa nak tinggi bagi seorang lelaki. Cik Bunga terdiam sebentar memikir. Then, poofffff!! Cik Bunga dah dapat jawapan kenapa. Sebab, dia adalah satu2nya lelaki yang Cik Bunga suka bukan kerana ensem, bukan kerana harta bukan kerana keturunan. Cik Bunga terjatuh hati kat dia dsebabkan peribadi dia, kesantunan dia. Hanya kerana Assalamualaikum, cik bunga terus jatuh hati kat dia. Nope, bukan salam yang nak ngorat tu. Bukan. Ni dia kasi salam masa nak masok kereta pakteh. Masa tu kami nak pergi tuition kat shah alam seksyen 7. Ayah dia xdapat hantar sebab ada hal laen. So dia terpaksa tompang pakteh, Masa tu cik Bunga tompang rumah makteh sebab join tuition add math seminggu.

So sekarang ni, kalau ada mana2 jejaka yang mampu tambat hati cik Bunga melalui peribadi, jejaka itulah yang akan cik bunga pilih. InsyaAllah. Cik bunga dah penat memandang rupa, harta, pangkat.. Kalau di izinkan Allah, cik bunga nak suami yang taat kpd agama, hormat orang tua, hormat wanita, bertanggungjawab, rajin mencari rezeki yang halal lagi berkat.

Sekian......

p/s: ex cik bunga tu A.S.A.S..

Wednesday, April 15, 2015

Bila tiba masanya..

fuh fuh fuhh.

Bersarang blog Cik Bunga. 4bulan tinggai camtu ja. eh eh awat ampa ckp utagha ni cik bunga oi. takdak pa la... saja ja..

ok. harini 15.4.15. Takde apa yg berlaku pon. Biasa2 je.

Bulan lepas, cik bunga ada la 'berkenalan' dgn sorang mamat ni. Actually cik bunga dah lama kenai dia sbb dia adalah ex-bf bff cik bunga. hamek kaw. Depa pernah bercinta long time ago masa cik bunga kat University lagi. Depa pernah mai rumah cik bunga untuk beraya masa tahun 2010 kalo tak silap. Dan dari situ la cik bunga kenai mamat (Mr H) ni. Sejak dari tu, kami selalu gak la berhubung via FB. Pastu dsebabkan busy study, dia pon dah start new sem, kami pon jarang la berhubung. Sekadar like2 picture kat FB masing2. Sampai la satu hari tu bff cik bunga cakap depa dah break off. Cik bunga tak terkejut pon sebab dari pandangan mata perempuan cik bunga ni, cik tau Mr H ni seorang sweet talker and ramai kawan perempuan. Sbb apa cik tau? Sbb dia pernah nak mengayat cik bunga, sedangkan masa tu dia masih lagi bf bff cik bunga. ok selesai part tu.

Then selepas depa dah berpisah, ada gak la sekali sekala Mr H pm cik bunga kat FB. Tanya2 khabar sambil cucuk jarum. Unfortunately tak mengena sbb terus terang cik bunga nak habaq mai, dia bukanlah lelaki idaman cik bunga. And then 15.3.15 yang lepas, Ahad, kurang lebih jam 10malam cik bunga dapat 1 msg dari Mr H dr Fb. Bertanya khabar. Ntah macam mana tetiba Mr H berani mati confess kat cik bunga yang dia selama ni ada hati kat cik bunga, Cik bunga tak terkejut, sbb dah dapat agak. Yes, as I said before, he is sweettalker, isn't it? Pastu cik bunga pon cakap la kat dia, boleh je kalau nak berkenal-kenalan dulu. Pastu dia pon mintak la no,fon cik bunga. Dan2 x smpai 5menit, cik bunga dapat wassap dari unknown number. Mr H rupanya. kami pon start la mesej2 everyday, day and night for abt two weeks. Dalam 2weeks tu cik bunga dapat la mengenali dia ckt. then lepas tu, cik bunga busy ngan kerja. lama kelamaan cik bunga terasa sesuatu dengan perasaan cik bunga.  Cik bunga rasa macam dah tak suka Mr H.. Mr H pulak kerap wasap cik bunga, tapi cik bunga tak reply. kalau reply pon lambat and pendek2 je.. Nampak kejam bukan? Ntah la.. Sepanjang 2minggu kenal2 ngn Mr H, cik bunga rasa x sedap. u know.. perasaan yang aneh bila berkawan dengan seseorang. aneh yg bukan bunga2. aneh yang macam in doubt. I don't think he will be a good husband to me. Maybe to others. Me also not a good partner. I need someone who can accept me for who I am. The one yang takkan take on advantage of me. Respect me as a Woman. Love me with all his heart., Responsible. Tak kaya takpa asalkan rajin mencari rezeki yang halal lagi berkat. Yang bukan bangun pukul seratus. Bonus kalo die tinggi, cerah, hensem. Hehehe.

Thursday, January 1, 2015

Happy New Year 2015

Alhamdulillah... dah masok tahun baru 2015. Banyak cite sedih sepanjang tahun 2014. Dgn kehilangan MH370, MH17 kena tembak, flight air asia terhempas, pantau timur n perak kena bah banjir, macam2 lagi. Semoga tahun 2015 lebih banyak kegembiraan. Dah masok tahun baru ni, mesti ramai yg buat azam baru kan? Hahahah.. azam cik bunga sama macam dulu, KURUS. Dari dulu xtercapai2. Hahaha. Pastu cik bunga nak beli kete gak tahun ni. N last but not least,cik bunga nak mencari cik kumbang. Ye la, tahun ni umur makin meningkat setaon, takkan nak single forever kan. Bak kata orang, jodoh tak datang bergolek. Betul, Allah dah tuliskan siapa jodoh kita, tp kita kene la berusaha utk mencari kan.

Lupakan kisah lalu, biarkan ia jadi kenangan dan pengalaman. Hidup mesti diteruskan.

Happy new year y'all....