Wednesday, September 27, 2017

Tak sengaja

3rd day. Termenangis pulak tadi. Ingatkan nak acah2 je ngn Nena. Skali termenangis betul2. Tadi cakap ngn Nena;
Me: kakak, aunty ade benda nk gtaw ni..
Nena: ye..
Me: aunty, dah tak kawan dgn uncle afiq. Aunty sedih la..nak nangis la.. boleh tak aunty nk nangis? *sambil acah2 nanges.sekali betul2 daaaa*
Nena: jangan la nangis. Dah2, lap air mata. *sambil pujuk aku, tepuk2 peha, sambil lapkan air mata ngn baju*
Me: nak peluk..
Nena: dah2.. lap air mata.. aunty, kakak nak berak.

Hahahaha.. bertuah punya budak.

Wednesday, September 20, 2017

Short Escape: Langkawi

Salam..

Last week pergi Langkawi. Last minit plan. Fully sponsored by kakak ipar & abang aku. Semoga murah rezki kalian berdua.

So disebabkan last minit plan, so bajet is very limited la. Tu pon terpaksa korek tabung untuk buat belanja beli barang-barang kat sana. Barang-barang tu of course la cekelat. hehehehe.

So kitorang bertolak sabtu lepas 16.09.2017 flight jam 9.55am. Jumaat malam tu aku tido rumah abang and pagi2 sabtu lepas subuh terus gerak ke KLIA2. Alhamdulillah cuaca ok, tak seperti hari sebelumnya yang hujan ribut kat Langkawi. Sampai Langkawi dalam jam 11am gitu. Amek beg, terus tunggu keta sewa. Tapi owner kete wat hal pulak. Kitorang sampai epot, dia baru terhegeh2 nak gerak dari Kuah. Kene tunggu 20minit camtu. Pastu bila dah nak 20 minit, dia gtaw abang, nk isi minyak dulu. Hah, ngamuk la abang aku tu. Terus dia sewa kereta kat epot je. Masa kitorang dah amek kete lain, owner kete tu dok call2 abg. Memang abg aku ignore je la. Sape suruh kan.

Then kitorang terus pergi cari kedai untuk lunch. Aku sebagai pemandu pelancong tak bertauliah, dah siap-siap buat plan aktiviti. Siap2 dah cari tempat nak kemana. Supaya tak terbuang masa untuk mencari tempat best. So restoran yang aku dah cari adalah area Ulu Melaka, Restoran Nasi Campur Kak Yan. Memang terbaik la kedai makan ni. Sedap betul lauk pauk nye. Mostly lauk kampung la. Dan yang paling special, kerabu beronok. First time makan ni.. Kenyal-kenyal je rasanya... Untuk lunch ni aku amek nasi putih, kerabu beronok, kerabu perut, ikan tualang masin, ulam petai 2 papan kecik, rebung muda, sambal belacan dan ikan bakar sekor. tak tau la ikan ape tu, tapi isinya lembut. share 3 orang. Kak ipar lebih kurang cam aku gak. Abang aku amek nasi lauk ayam gulai & ayam goreng, Si kecik Aid tu makan nasi putih ngan ayam bakar seketoi. Teh O ais 3 cawan, total RM 55. Ok la kan.. meriah kot lauk masing2.  Second day lunch pon kitorang repeat makan kat sini. tapi 2nd day ni cam mahal pulak rasa. Tak kesah la. janji sedap & kenyang. Nanti boleh datang lagi. hehehe

Menyelerakan kan? Yang sebelah sambal belacan tu la kerabu beronok.


Ok lepas lunch, kitorang berenti solat dulu then terus ke Makam Mahsuri. Admission fee untuk warganegara yang bawak MyKad is RM 12 untuk dewasa, RM 7 untuk kanak2 (2 tahun ke atas). Kalo untuk bukan warganegara tak perasan lak berapa rm. So jalan-jalan la area makam mahsuri  ni. Hmm, bagi aku tak yah g pon takpe kot? Tak best la. Kat dalam tu ade makam mahsuri, rumah kedah, rumah penghulu, muzium mahsuri and ade la orang berjual kuih tradisional kat situ, macam kuih karas, kuih goyang dan kuih telinga keling.

Then terus gerak ke tempat pembuatan gamat yang popular area situ, Nusantara Maju. Kat situ ade la bilik kecik dia reneh minyak gamat. Sekarang dah banyak produk2 dorang keluarkan. Antaranya, of course minyak gamat, balm, pelbagai jenis sabun, lotion, syampu, pencuci wanita, herba mandian, banyak lagi la. Aku just beli minya gamat 12 botol RM 10. Boleh la untuk bagi kawan-kawan ofis.

Pastu opposite Nusantara tu ade kedai jual batik jawa. Harga tak tau la murah ke mahal. Sebab aku tak pernah pon beli kain batik jawa kat belah KL. Harga situ boleh dapat 4 helai RM 50. Kalau yg belum berjahit, 3 helai RM50. Aku beli  yang dah siap jahit. Cantik-cantik coraknye. Ade lagi dia jual. Baju-baju langkawi, seluar pantai tu, souvenirs.. macam-macam la.

Selesai semua ni dalam pukul 3.30pm. Awal dari schedule yang aku buat. So we decided untuk terus pergi check in kat resort. Kitorang stay kat resort area Cenang. Resort khas untuk staf-staf sebuah organisasi ni. *Rahsia*. hehehe.

Sampai resort dalam 4.30 camtu. Rehat-rehat, mandi jap,. dalam kol 6 camtu kitorang gerak ke pekan Kuah. Misi untuk pergi HIG borong coklat dan dinner kat pasar malam Kuah depan Baron Hotel. Ni nak habaq awal2 la.. kalau sapa yang peminat cekelat, WAJIB bawak duet lebih ok bila ke langkawi ni. Sebab coklat semua murah-murah je dari pasaran biasa. Contoh;
*Daim RM 16.90, buy 3 RM 44-48 camtu (tak ingat).
*Toblerone yang besar tu RM 4.50, buy 3 RM 12.9.
*Cadbury imported Australia 1 RM 8.80 (harga pasaran kat epot KL RM 20).
*Ritter sports kecik 1 RM 5.5-5.9
*Milka chocolate besar RM 12.9
*Kinder bueno x 3 : RM 9.5-9.90
*Nutello go x 1 RM 5.5 (12pax RM 64.90)
*Nutella ferrero RM13.9
*Nutella biasa RM 12.9
*Peppero x 8 RM 21.9

banyak la lagi.. tak mampu nk listkan. hehehe..

Second day kitorang breakfast kat warung je depan fave hotel. Boleh la banyak choice tapi packaging comel2 semua. Aku breakfast nasi lemak bilis telur and pulut sambal. Memang comel, no wonder orang lain amek 2 3 4 bungkus skali makan. hahaha..

After breakfast, kalo ikot plan asal nak masok Underwater World. tapi awal sangat, belum bukak. So aku suggest kat abang aku untuk pergi Cable Car dulu. Dalam 20-30 minit jarak dari cenang ke cable car. Admission fee, paling murah is basic pakej, RM 40 dewasa berserta mykad, RM 30 kanak2 beserta mykad/mykid. 1 tahun ke bawah FOC. Basic pakej termasok naik cable car, sky dome, sky rex dan 3D art museum. Hat ni kena tengok cuaca gak. Kalu hujan ribut, memang sah2 dorang akan tutup cable car. Oh ya, kat area cable car ni ada macam-macam lagi tempat macam 6D cinema, time travel, sky bridge, sky glide.. banyak la lagi..sediakan RM je..hehe

Then kitorang ke Pantai Tanjung Rhu je. saje nak sight seeing. Cantek kawasan pantainye.. Sapa2 yang mood honeymoon tu boleh la ke sini.. Memang tenang kalau nak melayan perasaan. hahahaha. Nak g ngan MrAF la kalau berjodohan dengan dia. Aum3. hahahahaha

Kt pantai Tg Rhu.. mata tak leh bukak..silau.panas..


Petang tu kitorang ke Dataran Lang. Amek gambo kenangan orang kate.. bapak ramai orang bergambar.. Seb bek dapat 1 shot cantek gak..

Malamnye dinner area Cenang je.. masing-masing penat dah..

Esoknye 18.09.2017 flight pagi kol 10 camtu. Touch down KL je aku terus shoot ke ofis pulak.


Balik KL dah.. 


Berakhir lah sudah short vacay kitorang..

Nanti aku tepek gambar2 mana yang ada.

Sunday, September 10, 2017

Jodoh di tangan tuhan

Ku punya dunia
Duniaku begini
Ku punya mata
Ku punya telinga
Jangan anggap ku batu
Tak punya perasaan
Melihatmu dengannya aku panas
Ku punya dunia
Duniaku begini
Ku punya hati
Punya perasaan
Cuba raba batinku
Cuba tatap mataku
Melihatmu dengannya ku cemburu
Cinta
Mengapa harus rumit
Biar begini wanitaku nanti satu
Siapa dia biar hatiku yang tahu
Ku pasti setia tapi nanti
Cinta
Bisakah jadi mudah
Kau berkelana masa aku harus diam
Biar saja kita jalan masing2
Jodoh di tangan tuhan
Biar saja

Friday, September 8, 2017

Selamat tinggal si rama-rama

Sometimes we have to let go something not belongs to us.

Pedih. Tapi terpaksa. Kena ingat, jodoh di tangan tuhan. Sejauh mana pon dia pergi, kalau dia milik kita, pasti akan kembali kpd kita semula.

Perlahan2 aku lepaskan dia. Kalau dia kembali, dialah orangnya.

Dari aku terus mengharap benda tak pasti, yang akhirnya akan hancurkan hati aku lagi. Baik aku hentikan semua ni.

Memang dari awal dia remind, kawan je. Tapi aku yang degil, nak jugak follow the flow. Konon, dari kawan boleh lahirnya sayang. Last2, nampak mcm aku yg beriya. Dia, biasa2 je.

Aku tak benci dia, sebab dia tak pernah bagi harapan. Aku yang salah ertikan kemesraan tu. Sebelum terlambat, baik aku sedar dahulu.

Mungkin ni petunjuk dari Illahi. Terima kasih tuhanku. Kau dengar doaku.

Pergilah kau sang rama-rama.