Saturday, February 4, 2017

Imbalance Hormone. Mix feeling. Depression.

Salam dolls.

Alhamdulillah, ahad lepas aku baru balik dari menunaikan umrah. Alhamdulillah, dpt jadi tetamu Allah on my 27th birthday. Alhamdulillah. Thank u Allah. Banyak kisah suka duka sepanjang berada kt Mekah n Medina. Aku di uji dengan kesabaran tapi aku gagal ujian tu. Maka Allah datangkan ujian kedua. Alhamdulillah, aku redha terima ujian kedua. Berbanding ujian pertama, aku hangin bagai nak gila. Malu sungguh aku sebab marah2 masa berada kt rumah Allah. Ampuniku Ya Allah. Astaghfirullahalazim.

Masa kat sana, hati aku yang rapuh ni buat hal. Dah hari2 terakhir boleh pulak aku tersuka kt seorang jemaah ni. Tapi sayang, rupanya dia dah kawen, ade anak satu lagi. Bukan jodoh aku. At first, agak keciwa but then aku sedar. Kenapa nak kecewa, aku yakin Allah akan hadirkan seseorang yg lebih bagus dari jemaah tu. Insyaallah.

Sepanjang kat sana, aku makan pil perancang sbb nak lambatkan period. Aku makan pil tu seminggu sebelum fly. And 5 hari lepas aku stop makan pil, aku pon period. MasyaAllah banyak betul flow. Heavy flow. Sehari 3 4 kali tukar pad. Naseb baik xde senggugut teruk. Manja2 je.

Dan disebabkan itu juga, aku sedang mengalami mild depression agaknye. Mix feelings. Macam2 aku rasa. Aku pikir. Antaranya of course la pasal jodoh. Memandangkan adek aku bakal berkahwin tak lama lagi, benda tu menyebabkan aku stress sendiri. Ye la, adek da nk kawen. Yang kakaknye ni, bf pon xde. Kawan lelaki pon takde. Sedih. Sampaikan aku terfikir, should i look around wechat? Or shake-it Line? Or join cari jodoh? Baitulmuslim? Buat2 tersalah call random number? Am i that desperate? NO!! Aku takkan buat camtu. Aku masih ada maruah.

Tapi, aku tertanya2. Siapalah jodoh aku. Sempat ke aku berkahwin sblm aku mati. Sempat ke aku mengandung n beranak. Sempat ke aku nak jadi ibu. Ade la 2 3 4 org yg terlintas kt fikiran aku. Tapi jujur, aku tak suka beberapa calon yg terlintas tu. Hahaha. Demand. Tak, aku rasa aku pon berhak untuk memilih kan. Bukan nak hensem sangat pon. Cukuplah sekadar sedap mata memandang. Bertanggungjawab. Taat Allah. Hormat orang tua. Terima aku dgn ikhlas. Mampu berikan aku tempat tinggal yang selesa untuk keluarga kecil kami nanti. Penyabar. Etc yg positif. Kalo dpt yg ensem, kaya, tu bonus. Sapa taknak kn!

Aku kadang2 serabut gak fikir hal ni. Dah elak utk taknak pikir sgt sbb nanti aku stress sendiri, tp kadang2 benda tu terlintas gak. Terpikir gak.

Ya Allah. aku tahu aku tak layak untuk meminta macam2. Tapi, aku memohon merayu sangat, izinkanlah aku nikah sebelum umur 28. Bersalin sebelum umur 29. Sapa2 yg terbaca post ni, tlg la doakan n aminkan sekali ye. Semoga Allah memberkati kamu.

Sekian,
Yang berharap. Yang mencari.

No comments:

Post a Comment