Showing posts with label jodohku. Show all posts
Showing posts with label jodohku. Show all posts

Saturday, February 4, 2017

Imbalance Hormone. Mix feeling. Depression.

Salam dolls.

Alhamdulillah, ahad lepas aku baru balik dari menunaikan umrah. Alhamdulillah, dpt jadi tetamu Allah on my 27th birthday. Alhamdulillah. Thank u Allah. Banyak kisah suka duka sepanjang berada kt Mekah n Medina. Aku di uji dengan kesabaran tapi aku gagal ujian tu. Maka Allah datangkan ujian kedua. Alhamdulillah, aku redha terima ujian kedua. Berbanding ujian pertama, aku hangin bagai nak gila. Malu sungguh aku sebab marah2 masa berada kt rumah Allah. Ampuniku Ya Allah. Astaghfirullahalazim.

Masa kat sana, hati aku yang rapuh ni buat hal. Dah hari2 terakhir boleh pulak aku tersuka kt seorang jemaah ni. Tapi sayang, rupanya dia dah kawen, ade anak satu lagi. Bukan jodoh aku. At first, agak keciwa but then aku sedar. Kenapa nak kecewa, aku yakin Allah akan hadirkan seseorang yg lebih bagus dari jemaah tu. Insyaallah.

Sepanjang kat sana, aku makan pil perancang sbb nak lambatkan period. Aku makan pil tu seminggu sebelum fly. And 5 hari lepas aku stop makan pil, aku pon period. MasyaAllah banyak betul flow. Heavy flow. Sehari 3 4 kali tukar pad. Naseb baik xde senggugut teruk. Manja2 je.

Dan disebabkan itu juga, aku sedang mengalami mild depression agaknye. Mix feelings. Macam2 aku rasa. Aku pikir. Antaranya of course la pasal jodoh. Memandangkan adek aku bakal berkahwin tak lama lagi, benda tu menyebabkan aku stress sendiri. Ye la, adek da nk kawen. Yang kakaknye ni, bf pon xde. Kawan lelaki pon takde. Sedih. Sampaikan aku terfikir, should i look around wechat? Or shake-it Line? Or join cari jodoh? Baitulmuslim? Buat2 tersalah call random number? Am i that desperate? NO!! Aku takkan buat camtu. Aku masih ada maruah.

Tapi, aku tertanya2. Siapalah jodoh aku. Sempat ke aku berkahwin sblm aku mati. Sempat ke aku mengandung n beranak. Sempat ke aku nak jadi ibu. Ade la 2 3 4 org yg terlintas kt fikiran aku. Tapi jujur, aku tak suka beberapa calon yg terlintas tu. Hahaha. Demand. Tak, aku rasa aku pon berhak untuk memilih kan. Bukan nak hensem sangat pon. Cukuplah sekadar sedap mata memandang. Bertanggungjawab. Taat Allah. Hormat orang tua. Terima aku dgn ikhlas. Mampu berikan aku tempat tinggal yang selesa untuk keluarga kecil kami nanti. Penyabar. Etc yg positif. Kalo dpt yg ensem, kaya, tu bonus. Sapa taknak kn!

Aku kadang2 serabut gak fikir hal ni. Dah elak utk taknak pikir sgt sbb nanti aku stress sendiri, tp kadang2 benda tu terlintas gak. Terpikir gak.

Ya Allah. aku tahu aku tak layak untuk meminta macam2. Tapi, aku memohon merayu sangat, izinkanlah aku nikah sebelum umur 28. Bersalin sebelum umur 29. Sapa2 yg terbaca post ni, tlg la doakan n aminkan sekali ye. Semoga Allah memberkati kamu.

Sekian,
Yang berharap. Yang mencari.

Tuesday, December 13, 2016

Mr K Ku Kaku II

Kerlass kau jah siap ada kesinambungan tajuk lagi.

Assalamualaikum diary.

Lamakan tak tulis sini. Lama gak aku tak bercerita pasal Mr K. Ye la, first and last post on last year 2015 kot. Nothing happened after the post. Selain wasap kat grup je. Ade jugak la 2 3 kali personal wasap. Tapi tak kerap la. Sebabnya masa tu dia ade GF dah. So aku pon malas la nak kacau daun ke hape. *But actually dah tak mengharap pon* . TAPI! jeng jeng jeng jenggggggggg...

Last few weeks, ade la satu malam ni aku mimpikan AS, aku pon tak tahu dah kenapa tetiba dia ada dalam mimpi aku. Kitorang tak bercakap pon dalam mimpi tu. Cuma guna bahasa badan dan isyarat mata. Gittewwww kau. *Alkesahnye, dalam mimpi tu AS mcm nk gtaw aku yang dia menyesal tinggalkn aku.hahahhahaha.MOTIFF?*

Guess what? Esoknye Mr.K pulak yang call aku. Yes, aku tau dia call sebab nak tanya perihal kawen kitorang kawan kitorang. Ok la, blablablabla, Settle dah hal tu. Then dia lanjutkan pulak conversation *whatsapp* pasal life peribadi pulak. To be precised, pasal jodoh la.. hahaha. Ade ke dia tanya aku pernah bercinta ke tak? Of course I am. Even though tak kesampaian. Kuikuikui. Dan rupanya dia dah putus ngan GF dia tu. Kesian. Tak kesampaian jugak. Kahkahkahkah. Oh ya, not to forget, dia bilang dia sudah ready untuk kawen. Dan tengah serius nak mencari. Nahhhh.. Dari ayat-ayat dia macam ada sesuatu yang nak diluahkan. Tapi aku taknak la serkup serkap jarang. Kang malu pulak kitteww.

Ok, Beberapa hari lepas tengah viral kat FB yang gambar meme yang tak semenggah rupanya macam contoh ; "Tag nama sekiansekian, I ex GF dia".blablabla. And then ada satu gambar ni ada nama dia. So aku pon saja2 la whatsapp dia gambar tu. Respon dia relax je. Engatkn nak marah ke ape. Tapi melayan je. Hahaha. Lepastu ade la banyak lagi kitorang borak. Sampai la ade satu conversation ni, aku macam terkedu uolss..  Dia kata "Kalo perempuan tu dah rasa laki2 pilihan dia tu yg terbaik dia kena usaha, kadang laki ni buta, tak nampak depan mata". Eh macam nak tuju kat aku je. Hihihi. Perasan la ko ni minah. 💓

terkedu ke idok? terus tak reply uolss.. haha

Aku saja je la tanya dia pernah kena reject ke tak. Sebab sebenarnya aku nak habaq, yang aku nak confess kat dia tapi aku takut kena reject. Malu la iols. Dah la perempuan. Dah la kitorang ni berkawan. Dah la aku ada rival. Kalo dia reject, kang tak memasal aku termalu sendirian

Huhuhu.. Itu je la nak citenye pon.

Ya Allah ya Tuhan kami. Kau Maha pengampun lagi Maha mengasihani. Kau yang tidak tidur dan Maha mendengar. Ya Allah, hanya kepadaMu aku sandarkan harapan. Hanya kepadaMu aku meminta. Hatiku telah suka kepada dia Ya Allah. Sekiranya dia adalah jodohku, kau satukan lah hati kami. Ikhlaskan hati ini untuk menerima dia, Dan kau ikhlaskan lah hatinya untuk menerima ku. Amin Ya Rabb.

Xoxo,

Cik Bunga. ❤❤❤