Showing posts with label hada labo. Show all posts
Showing posts with label hada labo. Show all posts

Monday, February 13, 2017

Latest Skincare Routine

Hello readers! (kalau ada laaaa)

Harini aku nak cerita pasal rutin harian penjagaan kulit wajah. Gittewww kau! 😆
Sejak aku follow Shaz Pinkboxcereals, aku telah terjatuh hati dengan cara dia jaga kulit wajah dia. Dia tekankan skincare daripada mekap. Just imagine, dia jaga kulit muka since year 6, 12yo. Aku time umur 12 thn, tak kesah sgt pasal penjagaan dalaman, tp beriya nak putih. Padahal dah putih. 

Ok back to story. 

So sejak setahun lepas masa kulit muka aku teruk gila tu, aku masih mencari-cari produk yang sesuai untuk hilangkan jerawat, melambatkan pertumbuhan jerawat, menghilangkan kesan jerawat, dsb. Macam-macam la aku try. Alhamdulillah, ade yang sesuai aku teruskan, ade yang tak sesuai aku stop serta merta dan tuka lain. hahaha. Berani betul aku nak try macam-macam produk. 

Sejak aku kenal Pinkboxcereals, aku sangat berkenan dengan produk yang dia pakai which is Hyaluronic Acid (HA) dan juga Argan Oil. Tapi barang dia jual mahal bagi aku. (Dalam rm50 je lebih kurang, tapi time tgh takda duet, rasa mahal la). haha. Jadi alternatif lain, aku pon telah mengGoogle produk-produk berasaskan HA. Dan akhirnya aku bertemu dengan dua produk yang mampu milik which are Hada Labo dan juga Dr.Morita. Maka aku pon bergegas ke favourite drugstore aku iaitu Guardian, dan membeli dua produk tersebut. Yang Hada Labo, aku beli Hydrating and Whitening facial wash. Boleh google sendiri la image dia. Harga dia masa promo dalam RM16.90. Aku suka facial wash ni sebab dia tak menegangkan muka seusai cucian, dan juga muka rasa lembap je lepas basuh. I likeee it very much. 

Then untuk produk Dr.Morita lak, aku rasa macam hit Jackpot masa nak beli tu. Ye la masa tu Guardian ade wat promo, 2 jar moisturizing cream tu untuk harga RM 49.90 jer. Padahal harga 1 jar pon dah lebih kurang rm30 lebih. Jadi disebabkan itu, aku pon beli la 2 jar. Satu HA essence watery cream, satu lagi Snail essence watery cream. Dua-dua produk ni boleh pakai untuk siang dan malam. So aku jadiakan HA cream tu as day moisturizer dan Snail cream untuk night moisturizer @ sleeping mask. Untuk snail essence tu, aku ade tengok youtube Evangelinehawa kot namanya, dia dulu muka berjerawat and ada bekas jerawat, so dia pakai snail cream. Lama-lama kulit dia ok dah. So why not aku cuba gak kan. Kot-kot hilang parut di muka ni. 

HA essence watery cream

Snail Essence watery cream


Untuk toner, serum dan emulsifier, aku pakai produk Nutox. Serum dia best, tak tipu. Betul-betul melembapkan dan menyihatkan kulit. Semua produk Nutox ni aku beli asing and time promo je. Sebab time promo, harga dia murah berbaloi. 

Toner
Serum, time promo harga RM 49.90 


Emulsion

Lepas tu, kan aku baru balik Umrah 2 minggu lepas. Disebabkan sunburn agak boleh tahan hitamnya, aku pon gigih la mencari day cream yang ade SPF. Aku taknak beli sunblock, sebab aku tak suka bau sunblock. Lepastu nanti muka jadi lekit2. Lepas survey2, aku pon decide untuk beli Bio-Essence Tanaka White DoubleWhitening Day Cream with SPF-20. Ok la kan. Ni pon aku beli time promo, 10g RM 14.88, kat Guardian la, mana lagi. Texture dia macam mekap base + moisturizer + foundation. So bila pakai ni, just tepek bedak nipis je kalo malas nak heavy mekap. Light2 je..

Tanaka White day cream
So basically, skincare routine aku tiap hari adalah;

1- Cuci muka dengan Hada Labo HA Hydrating and Whitening facial wash
2- Toner Nutox
3- Serum Nutox
4- Dr. Morita HA essence watery cream (day)/ Snail essence (night)
5- Emulsion Nutox (day)
6- Bio-essence Tanaka White Double Whitening Day Cream (day)

Seminggu sekali akan scrub guna Charm Vit C Scrub.

2 hari sekali akan exfoliate kulit muka guna Bio-Essence Royal Jelly Deep Exfoliating Gel


Aku ade jugak spare Bio-Essence Miracle Water spray, dalam handbag. Just in case cuaca panas sangat atau aku lemau, aku spray je kt muka.



Setelah hampir setahun lebih merawat muka dari masalah jerawat, skang muka aku makin pulih. Taraaaaaaa

Pipi kanan aku. Makin pudar bekas jerawat

Pipi kiri. Ok la sikit dari dulu kan.. 


Ok lah . sekian, tu je dari aku. Dah habis waktu lunch ni. Sampai ketemu lagi. 
Oh ye, next post nak cite pasal My Umrah Journey la pulak. InsyaAllah.