Tuesday, December 13, 2016

Mr K Ku Kaku II

Kerlass kau jah siap ada kesinambungan tajuk lagi.

Assalamualaikum diary.

Lamakan tak tulis sini. Lama gak aku tak bercerita pasal Mr K. Ye la, first and last post on last year 2015 kot. Nothing happened after the post. Selain wasap kat grup je. Ade jugak la 2 3 kali personal wasap. Tapi tak kerap la. Sebabnya masa tu dia ade GF dah. So aku pon malas la nak kacau daun ke hape. *But actually dah tak mengharap pon* . TAPI! jeng jeng jeng jenggggggggg...

Last few weeks, ade la satu malam ni aku mimpikan AS, aku pon tak tahu dah kenapa tetiba dia ada dalam mimpi aku. Kitorang tak bercakap pon dalam mimpi tu. Cuma guna bahasa badan dan isyarat mata. Gittewwww kau. *Alkesahnye, dalam mimpi tu AS mcm nk gtaw aku yang dia menyesal tinggalkn aku.hahahhahaha.MOTIFF?*

Guess what? Esoknye Mr.K pulak yang call aku. Yes, aku tau dia call sebab nak tanya perihal kawen kitorang kawan kitorang. Ok la, blablablabla, Settle dah hal tu. Then dia lanjutkan pulak conversation *whatsapp* pasal life peribadi pulak. To be precised, pasal jodoh la.. hahaha. Ade ke dia tanya aku pernah bercinta ke tak? Of course I am. Even though tak kesampaian. Kuikuikui. Dan rupanya dia dah putus ngan GF dia tu. Kesian. Tak kesampaian jugak. Kahkahkahkah. Oh ya, not to forget, dia bilang dia sudah ready untuk kawen. Dan tengah serius nak mencari. Nahhhh.. Dari ayat-ayat dia macam ada sesuatu yang nak diluahkan. Tapi aku taknak la serkup serkap jarang. Kang malu pulak kitteww.

Ok, Beberapa hari lepas tengah viral kat FB yang gambar meme yang tak semenggah rupanya macam contoh ; "Tag nama sekiansekian, I ex GF dia".blablabla. And then ada satu gambar ni ada nama dia. So aku pon saja2 la whatsapp dia gambar tu. Respon dia relax je. Engatkn nak marah ke ape. Tapi melayan je. Hahaha. Lepastu ade la banyak lagi kitorang borak. Sampai la ade satu conversation ni, aku macam terkedu uolss..  Dia kata "Kalo perempuan tu dah rasa laki2 pilihan dia tu yg terbaik dia kena usaha, kadang laki ni buta, tak nampak depan mata". Eh macam nak tuju kat aku je. Hihihi. Perasan la ko ni minah. 💓

terkedu ke idok? terus tak reply uolss.. haha

Aku saja je la tanya dia pernah kena reject ke tak. Sebab sebenarnya aku nak habaq, yang aku nak confess kat dia tapi aku takut kena reject. Malu la iols. Dah la perempuan. Dah la kitorang ni berkawan. Dah la aku ada rival. Kalo dia reject, kang tak memasal aku termalu sendirian

Huhuhu.. Itu je la nak citenye pon.

Ya Allah ya Tuhan kami. Kau Maha pengampun lagi Maha mengasihani. Kau yang tidak tidur dan Maha mendengar. Ya Allah, hanya kepadaMu aku sandarkan harapan. Hanya kepadaMu aku meminta. Hatiku telah suka kepada dia Ya Allah. Sekiranya dia adalah jodohku, kau satukan lah hati kami. Ikhlaskan hati ini untuk menerima dia, Dan kau ikhlaskan lah hatinya untuk menerima ku. Amin Ya Rabb.

Xoxo,

Cik Bunga. ❤❤❤

Tuesday, August 30, 2016

HAZE HAZE GO AWAY

30.08.2016.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah. Pagi ni hujan turun mencurah-curah. Tak lebat storm bagai tapi lencun jugak la kain ni. hehehe. . Tapi sejurus hujan redha, MasyaAllah SubhanAllah cantiknya scenery kat ofis ni. Ofis aku keje ni kat tingkat yang tinggi jugak la.. So memang nampak jelas pemandangan building-building, hutan hutan, yang sangat cantik bila keadaan cerah dan pemandangan kristal. Hahaha.. Paham tak? Buat-buat paham je la eh. Sebenarnya area sini dah 3 4 hari start jerebu. Semalam balik keje memang kuat. Ingatkan akan berlarutan macam yang lepas. But then hey, Allah maha besar. DIA datangkan hujan untuk 'membasuh' asap jerebu sekitar KL. Time aku menaip ni pon, aku rasa macam terpegun dan kagum dengan kehebatan dan kekuasaan Allah. Langit dan bumi ni milikNya kan. Kun fayakun.

Okay.

Nak cerita pasal jenis-jenis pencuci muka dan set penjagaan kulit yang pernah aku pakai dan cuba. Hehehe.. Sebenarnya kan, aku dah start pakai facial cleanser ni since darjah 4 ok.. Umur masa tu baru 10 tahun. Kalau di ikutkan, tak perlu pon. Ye la kulit budak 10 tahun ni ape je la ade kan. Jerawat pon baru nk kenal dunia. Tapi disebabkan masa aku kecik-kecik dulu aku suke berlagak dewasa. hahahahaha.. sengal eh. Dulu makcik aku yakni adik kepada arwah ayah, rajin la datang rumah. Time tu dia masih anak dara meningkat remaja dewasa. So semestinya dia ada facial wash kan. Yang aku ni pulak menggedik curi-curi cuba facial wash dia. Dan disebabkan itu, aku terjebak membeli pencuci muka aku buat pertama kalinya. Bawah ni adalah senarai-senarai pencuci muka dan penjagaan wajah yang pernah aku try;

1. Eversoft Avocado - Saja try menggedik.
2. Clean and clear - 100% bebudak baru nak meningkat remaja akan try produk ni
3. Fair & Lovely - tipu la kalo tak pernah try kan?
4. Temulawak day cream - pernah skali tu masa darjah 6 g Koku pakai ni, mcm hantu tebal nye
5. Biore
6. Syurah Goat Milk
7. Safi
8. Olay moisturizer - tak sesuai dengan kulit remajaku. gatal-gatal muka bila pakai, ni pakai masa F2
9. Nano White
10. Follow Me
11. Nuriz
12. Syahirah - (satu set ni tak sesuai ngan aku, jerawat naik, try pakai ni masa belajar 1st yr degree)
13. Garnier - (dlm byk2 range, paling suke Deodorant dia. haha)
14. Bio-Essence (Tanaka whitening, Snail repair)
15. Oxy
16. Nour Ain (local product)
17. Nivea
18. Furaiha (local product)
19. Eucerin hijau
20. Nutox
21. Sendayu tinggi (Gold propolis soap bar - muka jadi kering)
22. Miracle Tab (Produk korea beli kat FB, love this product)
23. Mary Kay Botanical Effect (1 set)- Paling mahal pernah aku beli
24. Cetaphil (sangat bagus untuk muka sensitif)

Buat masa ni tu je la yang aku ingat. rasa macam banyak lagi. haha

Bawah ni pulak senarai-senarai supplement yang pernah aku cuba;

1. JusMate5- amek masa bulan puasa masa 1st year, makan mihun je, turun berat dr 75kg ke 69kg. lepas raya gemuk balik.hahhaha)
2. Teh herba orang kampung - tobat tak minum dah. gile memulas perut
3. Detox cleanse
4. Maixara Vitamin C - ketuat kat jari aku hilang lepas sminggu makan tablet ni. thorrrbaik
5. K-Colly Sweet 17
6. Perla Coffee
7. Shaklee vitamin C

Dah la.. bosan lak aku rasa post ni. Nanti bila-bila rajin aku try edit bg tak bosan. haha. bye

Tuesday, July 12, 2016

MINAL AIDIL WAL FA'IZIN..

Hola hola...

Pejam celik pejam celik harini dah Syawal ke-7. Sebulan Ramadhan, tapi iols cuti 6 hari. hahaha..Harini baru start ganti.. Harapnye dapat la habiskan dlm bulan ni jugak. Tobat la nak ganti last minit mcm haritu.. seminggu nak Ramadhan baru habis ganti. Ish3.. Apa punya pe'el..  

Tahun ni raya biasa-biasa je.. 1 Syawal jam 5.30pagi dah gerak balik kampung. Tahun ni belah Ibu.. Yeayyyyy!!! Dalam jam 7.30 camtu sampai kampung, ibu abah terus siap2 g masjid solat raya.. The girls pulak terus siap pakai baju raya and of course la make up uolss.. And like usual, aku lah yang jadi tukang mekap adik2.. Nasib la... Tapi aku tak kisah sebab aku memang suka mekap. Sementara tu, makin ramai sedara mara sampai. Siap je solat raya, terus berkumpul, takbir, Tahun ni tak de drama air mata sangat, Kurang penghayatan mungkin.. Huhuhu.. Itu ini itu ini, dah bermaaf-maafan,  siap bagi duet raya, bergambar family, kitorang pon berangkat ke rumah Opah-opah sedara. Kira masa 1 raya tu seharian la kitorang keluar.. Jam 1 pagi baru sampai rumah. LEPAS TU, masok raya seterusnya sendu ya amat. Terperok je dalam rumah. Aku la tu..Member takde sgt kt sane. Adek2 yg lain syok je g beraya rumah kawan, rumah cikgu. Aku ni dok je la melangut kat rumah sambil2 tengok tv and kemas ape yang patot. Masok raya keempat baru meriah sikit sebab ade rombongan merisik datang. Tapi bukan untuk aku, untuk adik yang bawah aku. Hahaha.. Langkah bendul uolss.. Dah tu, kalo nak tunggu aku dulu, entah zaman bila baru dapat. So aku merelakan diri ini dilangkah bendulkan. T___T. Paling manang, rupanya bakal pak mertua adek aku tu rupanya junior abah masa skola dulu.. Oghang Perak yob.. Ate, jejak kasih le pulok.. hehehe.. 

Itu la kisah raya 2016 aku. Pada usia 26thn, masih beraya SINGLE. Pakwe takdak, Kawan lelaki spesial pon takdak. Masih beraya dengan parents dan famili. Orang lain 26thn dah beraya dengan laki and anak 1. huhuhuhu.. Sendu! 

Sunday, June 12, 2016

Kau yang ku rindu

Demi Allah, aku rindu kau sangat. Aku tak tahu kenapa, sejak Ramadhan tiba, hati aku sayu sangat bila kenang kau. Padahal ini dah thn kedua ramadhan tanpa kau. Rindu nye aku kat kau sampai TERmenangis aku tadi masa tgh lipat baju. Rindunya aku kat kau sampai termimpi2 aku malam tadi. Aku mimpi kau datang jumpa aku, cakap kau dah tak dengan dia. Kau nak aku balik. Tapi sayang, mimpi je semua ni. Aku takda mengharap kau balik dkt aku, tp aku tak tau kenapa aku rindu kau. Aku rindu kau, tapi aku taknak terserempak dengan kau. Sebab aku taknak kau tengok aku. Dia lebih kurus dari aku. Dia lebih bijak dari aku. Mungkin dia lebih bersopan santun dari aku, menyebabkan kau pilih dia dari aku. Aku tak dapat bayangkang reaksi aku kalau kita terserempak, kau dengan dia. Mintak dijauhkan. If i can turn back time i wish i never meet you. We can stay strangers. Aku doa kau bahagia dengan dia smpai hujung nyawa.

Monday, June 6, 2016

1 Ramadhan.

1 ramadhan mencabar memori. Sepanjang hari terthrowback tanpa sengaja.
1. Masa nk sahur teregt dia. Kalau dlu, tiap kali sahur dpt msg. Skang yillek since last yr Ramadan
2. Td kt bazar sabak, terserempak crush skola rendah. Lama teringin nk jmpe dia. Terjumpa jugak akhirnya td. Tp aku buat2 x prasan. Hahaha.. ye la, tunang org tu..jgn main2..
3. Sepanjang jalan balik kl td, lagu kat radio semua zaman2 dlu punya lagu.. lagi membuat aku teregt kat dia yg pertama.
.
Choiii

Saturday, June 4, 2016

Biasa lah kalau balik kerja je mesti lapar. Sepanjang dlm kete aku dok pikir nak makan ape untuk malam. Akhirnya tekak aku decide nak makan sup campbell, nak2 pulak ts sejuk hujan lebat gile. So bergerak lah tayar kereta aku ke arah aeon equine. Tapi biasalah, perempuan kan. Kalau dah masok mall tu, niat nak beli lain, tapi mesti nyinggah dulu. Masok2 je aku terus ke bahagian ladies garment. Belek2, x berminat pulak design. Lepastu singgah watson pulak, niat nak topup TnG je. Alih2, terbeli spray muke bio-essence pulak. 3x100ml for rm43.80.. murah kan? Sambil2 tu aku

AKU DAH TULIS PANJANG2 SEKALI TERTEKAN LOADING REFRESH PULAK TANPA SAVE. HAMPAS BETUL! MALAS AKU NAK TAIP SEMULA. !!!

Tuesday, May 31, 2016

Catatan sebelum tidur

Jam didinding terus berdetak aaaa... 11.32pm. Takda apa pon, saja nak menulis sebelum tidur. . Owh ye, sabtu lepas kan majlis aqiqah anak buah aku, 28 mei.. macam2 terjadi pada tarikh keramat tu.. 28 mei 2011 kot, majlis kawen abg aku,belah laki.. velah perempuan bulan 4 rasanya.. 28 mei 2016 jugak majlis aqiqah anak buah aku.. 28 mei 2016 jugak biras aku, a.k.a adik kak ipar aku menghembuskan nafas terakhir setelah bertahun2 bertarung dengan kanser leukimia.. yg ni aku nak bercerita. Arwah, sebaya aku. 26tahun.. anak kedua dari 8 org adik beradik (kot). Kak ipar aku anak sulung, beza mereka hanyalah dlm 2thn cmtu. Dorang berdua sangat2 rapat. Arwah ni jugak menjadi kebanggaan keluarga kak ipar. Mana taknya, pada usia 25thn (2015) arwah berjaya melanjutkan pendidikan ke taraf PhD.. sedangkan aku di usia itu masih tercari2 kerja yang sesuai untuk aku berbekalkn degree kelas kedua. Nak dijadikan cerita sebelum arwah fly utk PhD, dia dah menjalani chemo dan hampir berjaya membuang sel kanser. Tapi setelah berbulan duduk di negara orang tanpa rawatan susulan dan penjagaan rapi, sel kanser menyerang kembali. Membuatkan arwah terpaksa ambil cuti 3bulan untuk merawat kanser itu.. 2minggu sebelum arwah meninggal, aku sempat berjumpa kat rumah ummi sebab nk lawat anak buah aku sambil sambut besday adik n mothers day. Masa tu keadaan arwah mcm hampir sehat.. badannya berisi smpaikan aku ingat tu saudara kak ipar aku.. seminggu lepas tu arwah admitted kt HUKM, doc sahkan darah dijangkiti kuman.. dan arwah terpaksa ditidurkan untuk mengurangkan jangkitan kuman dari terus merebak.. seminggu kemudian (28.05.16), dlm tengahari camtu ummi call kak ipar, gtaw arwah dah tenat.. berdesup kak ipar n abg aku balik kl walaupun majlis aqiqah belum selesai.. benarlah apa org kata, org baik slalu dijemput awal oleh Allah.. dlm 2.50pm cmtu abg aku wasap kate arwah dah takda.. Innalillah wa inna ilaihi rojiun.. sebak sungguh aku rasa.. sebab memang, arwah sangat baik orangnya.. dah la hensem, intelligent, sopan santun, dengar kata.. aku tak pernah bercakap dgn arwah, tp aku mengagumi dia dari jauh.. sungguhpun begitu, aku tetap terasa sedih atas kehilangan dia. . Saat aku tulis ni pon menitik air mata sebak. Semoga rohnya dicucuri rahmat.  Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang beriman. Kalau ikot plan, bulan 9 ni patutnya arwah naik pelamin..kesian tunang dia.. Semoga tunang dia tabah hadapi dugaan..

Tuesday, May 24, 2016

Catatan hari selasa

Assalamualaikum, selamat pagi 10.37am.

Ya Allah. Bosan sungguh la kt ofis. Mek Su tak de. halfday am. Dah la takda kerja. Tunggu minggu depan ni baru ade keje. Sebab minggu claim. Dah setahun lebih kerja kat sini, aku tak nampak apa2 improvement dalam kerjaya aku. Stagnant je. Takda new things to learn. Environment pon sangat la dlm sendu,. Semua buat hal sendiri. Tak happening macam aku kerja kat bank dulu. Walaupun stress keje, but I'm happy cz at least, I do my work. Tak makan gaji buta. Tapi kt sini, aku rasa macam makan gaji buta je sebab banyak sangat waktu lapang sampai aku boleh online dari pagi sampai petang. Kadang2 seharian aku tengok video movie samada kat Youtube atau FB. Rasa bersalah tu ada, tapi ape aku nak buat lagi. Memang takda kerja. Report suma aku dah update. Sampai satu tahap aku rasa malas nak g kerja sebab takda kerja. Hahaha. Tapi, tetap nak cari gak sebab gaji sini seciput dan bonus tak selebat bank.hahha..mata duitan kau cik bunga ye.. Eh haruslah, duit is everything now. No money, no talk. No money you can't buy anything you want. No money I cannot bergaya. No bergaya, how to find calon husband? Ehh? Opps.. haha..Gatei ko ye.. Oh ya, talking about this, aku nak senaraikan ciri2 husband-to-be idaman aku..whahahha..kau ingat ade ke orang nak baca? Lantokkkkk.. Janji aku puas hati menulis.

Ciri-ciri calon suami cik bunga yang garang;
1- Nak yang tinggi dari I sebab tinggi I is 166cm height.
2- Berat sedang2 je, dalam 85kg ke bawah. sebab I pon lebih kurang je berat gitu.. haha
3- Rajin mencari rezki untuk anak bini
4- Rajin
5- Rajin
6- Sayang dan hormat kaum Hawa. Sayang emak sendiri dan tak lupa tanggungjawab ke bini.
7- Boleh blend and mix dengan keluarga dan kawan2 rapat aku.
8- Tak ustaz takpa asalkan dia boleh bimbing aku dan jadi ketua keluarga yg mengikut jalan Allah.
9- Tak sempurna di mata orang takpa asalkan sempurna di mata aku. saling melengkapi antara satu sama lain.
10- Tolong lah dapat orang yang pandai buat lawak, yang peramah.

Cukup la buat masa ni. Akhir kata terimalah;

"Aku junjung petua mu. Cintai dia yang mencintaiku"

Wassalam, 11.01am abes menaip.

Thursday, May 19, 2016

Ada Apa Dengan Cerita?

Hello hello lolly pollo ..

Wei lame nye aku tak menulis di sini. dah 2016 pon..latest post Oct 2015. phewwww.. berhabuk blog.. kekekeke..
Ok sekarang dah bulan May 2016, lagi beberapa hari dah nak bulan Ramadhan. Banyak kisah berlaku sepanjang setengah tahun ni. Antaranya:

1- Lepas balik dari dinner company 4 Mac 2016 yang lepas aku tak tahu la mana aku dapat kekuatan. Hari tu hati aku happy semacam je.. macam berbunga-bunga.. Aku pon tak tahu kenapa.. So aku macam ada kekuatan untuk mesej ASAS.. Dia pon mcm konon2 terkejut la sebab aku tetiba wa dia kn.. aku tak nak buang masa berlewah2 tanya kabar bagai, terus straight to the point tanya. Kenapa dia wat cmtu kat aku. dia mcm nk ngelak.. tp aku paksa dia gak bg jwapan.. lepas tu akhirnya dia mintak maap & mengaku salah sbb bagi harapan kat aku. time tu jugak, aku rasa lega ya amat. segala sakit dendam yg aku pendam, hilang dah.. memang dasyat ungkapan maaf kn.. tu je aku nak dgr slame ni. So sejak dari tu, aku pon da tak berdendam dgn dia, dan dah tak contact dia langsung. Dan masih try my best to move on 100%.

2- Bulan Feb-Mac, ada sorang staf kat ofis aku ajak bergaduh. Aku tak paham kenapa dia nk libatkan aku. padahal dia marah kt orang lain. tapi dengan aku skali dia terlibat. Akhirnya dia pon resign pertengahan Mac. Bagus la semoga dia aman damai kat tempat baru. Tapi jujur aku agak terkilan sebab sebelum ni aku penah rapat ngan dia. Pernah lunch sama2, breakfast semeja, gosip sama2, even aku pernah pergi rumah dia masa dia mula2 pindah rumah. Tapi disebabkan satu insiden tu, dia nak bermasam muka ngan aku. Siap fitnah kata aku ada skandal ngan manager aku yg dah berkahwen, Kepada akak tu, aku harap satu hari nanti kita akan berbaik semula. Mungkin 5-6-7-8-9-10 thn akan datang? Wallahualam. Semoga kau tak buat hal kat tempat baru ye kak. Semoga kau lebih bahagia kat tempat baru. RIP friendship. ;-(

3- Bulan Jan, aku dapat anak buah baru. Lelaki pulak. Comel ikot muka mummy dia. Tapi mulut ikot ayah dia ngan aunty2 dia.. pesen mulut kecik.. Minggu depan ni majlis aqiqah dia. Owh ye, anak buah aku yg perempuan tu dah pandai berinteraksi. Cuma belum boleh berkata2 dgn betul. Harap2 bukan anak autisme.

4- Aku belum habes ganti puasa. Dalam 4-5 hari lagi. Hope sempat habes before ramadhan.

5- Perihal kawan-kawan aku; Nina dah bersalin, Fai dah kurus dari aku, Makya dah kawen, Ayu makin sarat, Reen nak naik pelamin hujung taun ni, Anis tgh praktikal kat skola kt melaka, Fiza makin comel walaupun dah 2* tahun.

Ok. tu je la kot update. Sambung bekerja. Adios. Assalamualaikum.