Thursday, February 23, 2017

Warkah Untukku - Ara Af 2016 [LIRIK]





Currently addicted to this song.



"Berikan hatimu padaNya

       Kau akan rasa cinta sebenar

              Dalam kau mencari aku"



Deep kan meaning nye..

Tuesday, February 14, 2017

My Umrah Journey.

Bismillah..

Seperti yang dijanjikan di previous post, post kali ni nak cerita pasal pengalaman Umrah. 
Alhamdulillah, 18 Jan 2017 yang lepas, aku dan parents diberikan keizinan untuk Umrah dan Ziarah di kota suci umat Islam. Ini umrah pertama untuk aku dan kali kedua untuk parents. 

18.01.2017 . Semua jemaah kena berkumpul di KLIA2 pada jam 1.30pagi. Check-in jam 2pagi. Flight jam 5pagi. Kitorang naik Air Asia X je direct flight ke Jeddah. Aku habis je keje 17hb tu, siap2 terus g rumah abang. Kol 12 lebih g airport. Bayangkan, last aku tidor 17hb pagi sebelum bangun subuh. Penat toksah cita la. Tak leh tido sebab excited punya pasal. Flight kol 5pagi, takot terlepas. haha. Tapi tak terlepas pon. Sebab kol 3 tu kitorang terus masok balai berlepas. Patotnye boleh je nak tido kat situ. Tapi aku taknak sebab ramai jemaah. Segan la ai. hehe. So dalam pukul 4.45pagi camtu kitorang dah boleh masok kapal. Dalam 5 lebih gak la berlepas. Dalam kapal tu baru aku boleh tido. Tapi tido2 ayam la.Sebab naik Air Asia, sempit kot seat dia. Jap2 aku sandar, jap2 aku letak kepala kat meja tu. Asalkan boleh. Perjalanan dari KL - Jeddah ambil masa lebih kurang 8 jam camtu. Memang keje aku tido-bangun-makan-toilet-tido. Sepanjang 8 jam. Letih tak yah cakap la. Tapi semua tu hilang the moment sampai Jeddah. Rasa teruja sangat nak jadi tetamu rumah Allah. 💕💖

18 Jan. Seat 18C. All about 18 
Sampai je kat Jeddah, waktu tempatan jam 9.30pagi, Waktu Malaysia lebih kurang 1-2 ptg camtu. Sampai sana kena tunggu bas pulak. Ada la dalam sejam lebih kot. Kitorang gerak ke Mekah dalam lebih kurang kol 11pagi lebih camtu. 
Jeddah Airport for Umrah & Hajj
Gambar atas ni sekitar kawasan Jeddah Airport. Tempat kitorang landing ni bukan main airport Jeddah. Ni hanya untuk kegunaan jemaah Umrah & Haji je. Toilet airport ni hmmmm best lagi KLIA la. No doubt. 

Dalam perjalanan ke Mekah, kitorang singgah satu pekan ni, tak ingat apa namanya. Masa tu dah masok waktu zohor dalam 12.30 pm cmtu. So mutawwif mintak kitorang turun untuk solat kat masjid situ dan lepas solat dia bawak kitorang makan. Keadaan masjid kat sana sangat berbeza ngan Malaysia. Kat sana pintu untuk orang lelaki dan wanita di asingkan. Ruang solat pon asing. Kalo kita, hanya dipisahkan dengan tirai kan? Dorang terus pisah bangunan. Means, bangunan utama untuk lelaki, bangunan kedua untuk perempuan. Tapi takda la jauh2 bangunan tu. sebelah2 je.
Lepas solat kitorang g makan tengahari lak. Dapat la makan chicken mandy versi Arab. Oh ye, kat sana, kalo waktu solat,memang dorang akan tutup kedai. Kalau pihak berkuasa dapat tangkap kedai yang tak tutup, dorang akan di hukum tak boleh berbisnes selama tiga keturunan. Owner- Anak owner- Cucu owner. Time cicit owner je baru boleh sambung semula bisnes tu. Berapa puluh tahun nak tunggu tu. Hebat kan. 

Masjid tak tahu nama. My bad 😔

Chicken Mandy, Semata-mata ayam dan nasi, Takde sup. Acar amek sendiri. 1 talam kongsi 3 orang. 

Portion aku amek. Ni piring. Tapi bertambah gak la aku makan. 

Bibsi/Pepsi versi Arab

Perjalanan diteruskan ke Mekah. Time ni, betul2 mix feelings. Gembira. Sedih. Terharu, Takut. Semua lah. Time dalam bas ni disunatkan untuk membaca Labbaikallahummalabbaik, labbaik kala syari kala kalabbaik. Sampai tiba ke mekah. Disunatkan berzikir juga. Kena biasakan bibir kita berzikir InsyaAllah ada pahalanya. Kitorang masok kota Makkah dah nak asar time tu. Bila waktu solat ni, memang jam area situ. Kitorang stuck kat jem dalam lebih kurang sejam kot. Dalam kol 4 lebih camtu baru dapat masok area Hotel. kitorang nginap kat Hilton Hotel tower 6. Dekat ngan masjidil haram gate King Fahd/gate no 79. Sampai sana ustaz suh masok bilik dulu, rehat. Pastu aku, ibu, abah turun solat asar kat masjid. Masa tu tak nampak lagi Kaabah, Kitorang solat dekat ngan pintu sebab lepas solat ni nak balik hotel semula. Oh ye, time ni kitorang dalam keadaan berihram dah. Kena jaga 13 pantang larang dalam berihram. Kalau tak nanti kene bayar dam. 
Kitorang selesaikan ibadah Umrah ni lepas Isyak. Abes je Isyak terus tawaf and saie. 

Nanti aku update balik. Nak kene gerak dah ni. Ada appointment doc. 


Monday, February 13, 2017

Latest Skincare Routine

Hello readers! (kalau ada laaaa)

Harini aku nak cerita pasal rutin harian penjagaan kulit wajah. Gittewww kau! 😆
Sejak aku follow Shaz Pinkboxcereals, aku telah terjatuh hati dengan cara dia jaga kulit wajah dia. Dia tekankan skincare daripada mekap. Just imagine, dia jaga kulit muka since year 6, 12yo. Aku time umur 12 thn, tak kesah sgt pasal penjagaan dalaman, tp beriya nak putih. Padahal dah putih. 

Ok back to story. 

So sejak setahun lepas masa kulit muka aku teruk gila tu, aku masih mencari-cari produk yang sesuai untuk hilangkan jerawat, melambatkan pertumbuhan jerawat, menghilangkan kesan jerawat, dsb. Macam-macam la aku try. Alhamdulillah, ade yang sesuai aku teruskan, ade yang tak sesuai aku stop serta merta dan tuka lain. hahaha. Berani betul aku nak try macam-macam produk. 

Sejak aku kenal Pinkboxcereals, aku sangat berkenan dengan produk yang dia pakai which is Hyaluronic Acid (HA) dan juga Argan Oil. Tapi barang dia jual mahal bagi aku. (Dalam rm50 je lebih kurang, tapi time tgh takda duet, rasa mahal la). haha. Jadi alternatif lain, aku pon telah mengGoogle produk-produk berasaskan HA. Dan akhirnya aku bertemu dengan dua produk yang mampu milik which are Hada Labo dan juga Dr.Morita. Maka aku pon bergegas ke favourite drugstore aku iaitu Guardian, dan membeli dua produk tersebut. Yang Hada Labo, aku beli Hydrating and Whitening facial wash. Boleh google sendiri la image dia. Harga dia masa promo dalam RM16.90. Aku suka facial wash ni sebab dia tak menegangkan muka seusai cucian, dan juga muka rasa lembap je lepas basuh. I likeee it very much. 

Then untuk produk Dr.Morita lak, aku rasa macam hit Jackpot masa nak beli tu. Ye la masa tu Guardian ade wat promo, 2 jar moisturizing cream tu untuk harga RM 49.90 jer. Padahal harga 1 jar pon dah lebih kurang rm30 lebih. Jadi disebabkan itu, aku pon beli la 2 jar. Satu HA essence watery cream, satu lagi Snail essence watery cream. Dua-dua produk ni boleh pakai untuk siang dan malam. So aku jadiakan HA cream tu as day moisturizer dan Snail cream untuk night moisturizer @ sleeping mask. Untuk snail essence tu, aku ade tengok youtube Evangelinehawa kot namanya, dia dulu muka berjerawat and ada bekas jerawat, so dia pakai snail cream. Lama-lama kulit dia ok dah. So why not aku cuba gak kan. Kot-kot hilang parut di muka ni. 

HA essence watery cream

Snail Essence watery cream


Untuk toner, serum dan emulsifier, aku pakai produk Nutox. Serum dia best, tak tipu. Betul-betul melembapkan dan menyihatkan kulit. Semua produk Nutox ni aku beli asing and time promo je. Sebab time promo, harga dia murah berbaloi. 

Toner
Serum, time promo harga RM 49.90 


Emulsion

Lepas tu, kan aku baru balik Umrah 2 minggu lepas. Disebabkan sunburn agak boleh tahan hitamnya, aku pon gigih la mencari day cream yang ade SPF. Aku taknak beli sunblock, sebab aku tak suka bau sunblock. Lepastu nanti muka jadi lekit2. Lepas survey2, aku pon decide untuk beli Bio-Essence Tanaka White DoubleWhitening Day Cream with SPF-20. Ok la kan. Ni pon aku beli time promo, 10g RM 14.88, kat Guardian la, mana lagi. Texture dia macam mekap base + moisturizer + foundation. So bila pakai ni, just tepek bedak nipis je kalo malas nak heavy mekap. Light2 je..

Tanaka White day cream
So basically, skincare routine aku tiap hari adalah;

1- Cuci muka dengan Hada Labo HA Hydrating and Whitening facial wash
2- Toner Nutox
3- Serum Nutox
4- Dr. Morita HA essence watery cream (day)/ Snail essence (night)
5- Emulsion Nutox (day)
6- Bio-essence Tanaka White Double Whitening Day Cream (day)

Seminggu sekali akan scrub guna Charm Vit C Scrub.

2 hari sekali akan exfoliate kulit muka guna Bio-Essence Royal Jelly Deep Exfoliating Gel


Aku ade jugak spare Bio-Essence Miracle Water spray, dalam handbag. Just in case cuaca panas sangat atau aku lemau, aku spray je kt muka.



Setelah hampir setahun lebih merawat muka dari masalah jerawat, skang muka aku makin pulih. Taraaaaaaa

Pipi kanan aku. Makin pudar bekas jerawat

Pipi kiri. Ok la sikit dari dulu kan.. 


Ok lah . sekian, tu je dari aku. Dah habis waktu lunch ni. Sampai ketemu lagi. 
Oh ye, next post nak cite pasal My Umrah Journey la pulak. InsyaAllah. 

Saturday, February 4, 2017

Imbalance Hormone. Mix feeling. Depression.

Salam dolls.

Alhamdulillah, ahad lepas aku baru balik dari menunaikan umrah. Alhamdulillah, dpt jadi tetamu Allah on my 27th birthday. Alhamdulillah. Thank u Allah. Banyak kisah suka duka sepanjang berada kt Mekah n Medina. Aku di uji dengan kesabaran tapi aku gagal ujian tu. Maka Allah datangkan ujian kedua. Alhamdulillah, aku redha terima ujian kedua. Berbanding ujian pertama, aku hangin bagai nak gila. Malu sungguh aku sebab marah2 masa berada kt rumah Allah. Ampuniku Ya Allah. Astaghfirullahalazim.

Masa kat sana, hati aku yang rapuh ni buat hal. Dah hari2 terakhir boleh pulak aku tersuka kt seorang jemaah ni. Tapi sayang, rupanya dia dah kawen, ade anak satu lagi. Bukan jodoh aku. At first, agak keciwa but then aku sedar. Kenapa nak kecewa, aku yakin Allah akan hadirkan seseorang yg lebih bagus dari jemaah tu. Insyaallah.

Sepanjang kat sana, aku makan pil perancang sbb nak lambatkan period. Aku makan pil tu seminggu sebelum fly. And 5 hari lepas aku stop makan pil, aku pon period. MasyaAllah banyak betul flow. Heavy flow. Sehari 3 4 kali tukar pad. Naseb baik xde senggugut teruk. Manja2 je.

Dan disebabkan itu juga, aku sedang mengalami mild depression agaknye. Mix feelings. Macam2 aku rasa. Aku pikir. Antaranya of course la pasal jodoh. Memandangkan adek aku bakal berkahwin tak lama lagi, benda tu menyebabkan aku stress sendiri. Ye la, adek da nk kawen. Yang kakaknye ni, bf pon xde. Kawan lelaki pon takde. Sedih. Sampaikan aku terfikir, should i look around wechat? Or shake-it Line? Or join cari jodoh? Baitulmuslim? Buat2 tersalah call random number? Am i that desperate? NO!! Aku takkan buat camtu. Aku masih ada maruah.

Tapi, aku tertanya2. Siapalah jodoh aku. Sempat ke aku berkahwin sblm aku mati. Sempat ke aku mengandung n beranak. Sempat ke aku nak jadi ibu. Ade la 2 3 4 org yg terlintas kt fikiran aku. Tapi jujur, aku tak suka beberapa calon yg terlintas tu. Hahaha. Demand. Tak, aku rasa aku pon berhak untuk memilih kan. Bukan nak hensem sangat pon. Cukuplah sekadar sedap mata memandang. Bertanggungjawab. Taat Allah. Hormat orang tua. Terima aku dgn ikhlas. Mampu berikan aku tempat tinggal yang selesa untuk keluarga kecil kami nanti. Penyabar. Etc yg positif. Kalo dpt yg ensem, kaya, tu bonus. Sapa taknak kn!

Aku kadang2 serabut gak fikir hal ni. Dah elak utk taknak pikir sgt sbb nanti aku stress sendiri, tp kadang2 benda tu terlintas gak. Terpikir gak.

Ya Allah. aku tahu aku tak layak untuk meminta macam2. Tapi, aku memohon merayu sangat, izinkanlah aku nikah sebelum umur 28. Bersalin sebelum umur 29. Sapa2 yg terbaca post ni, tlg la doakan n aminkan sekali ye. Semoga Allah memberkati kamu.

Sekian,
Yang berharap. Yang mencari.