Tuesday, May 31, 2016

Catatan sebelum tidur

Jam didinding terus berdetak aaaa... 11.32pm. Takda apa pon, saja nak menulis sebelum tidur. . Owh ye, sabtu lepas kan majlis aqiqah anak buah aku, 28 mei.. macam2 terjadi pada tarikh keramat tu.. 28 mei 2011 kot, majlis kawen abg aku,belah laki.. velah perempuan bulan 4 rasanya.. 28 mei 2016 jugak majlis aqiqah anak buah aku.. 28 mei 2016 jugak biras aku, a.k.a adik kak ipar aku menghembuskan nafas terakhir setelah bertahun2 bertarung dengan kanser leukimia.. yg ni aku nak bercerita. Arwah, sebaya aku. 26tahun.. anak kedua dari 8 org adik beradik (kot). Kak ipar aku anak sulung, beza mereka hanyalah dlm 2thn cmtu. Dorang berdua sangat2 rapat. Arwah ni jugak menjadi kebanggaan keluarga kak ipar. Mana taknya, pada usia 25thn (2015) arwah berjaya melanjutkan pendidikan ke taraf PhD.. sedangkan aku di usia itu masih tercari2 kerja yang sesuai untuk aku berbekalkn degree kelas kedua. Nak dijadikan cerita sebelum arwah fly utk PhD, dia dah menjalani chemo dan hampir berjaya membuang sel kanser. Tapi setelah berbulan duduk di negara orang tanpa rawatan susulan dan penjagaan rapi, sel kanser menyerang kembali. Membuatkan arwah terpaksa ambil cuti 3bulan untuk merawat kanser itu.. 2minggu sebelum arwah meninggal, aku sempat berjumpa kat rumah ummi sebab nk lawat anak buah aku sambil sambut besday adik n mothers day. Masa tu keadaan arwah mcm hampir sehat.. badannya berisi smpaikan aku ingat tu saudara kak ipar aku.. seminggu lepas tu arwah admitted kt HUKM, doc sahkan darah dijangkiti kuman.. dan arwah terpaksa ditidurkan untuk mengurangkan jangkitan kuman dari terus merebak.. seminggu kemudian (28.05.16), dlm tengahari camtu ummi call kak ipar, gtaw arwah dah tenat.. berdesup kak ipar n abg aku balik kl walaupun majlis aqiqah belum selesai.. benarlah apa org kata, org baik slalu dijemput awal oleh Allah.. dlm 2.50pm cmtu abg aku wasap kate arwah dah takda.. Innalillah wa inna ilaihi rojiun.. sebak sungguh aku rasa.. sebab memang, arwah sangat baik orangnya.. dah la hensem, intelligent, sopan santun, dengar kata.. aku tak pernah bercakap dgn arwah, tp aku mengagumi dia dari jauh.. sungguhpun begitu, aku tetap terasa sedih atas kehilangan dia. . Saat aku tulis ni pon menitik air mata sebak. Semoga rohnya dicucuri rahmat.  Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang beriman. Kalau ikot plan, bulan 9 ni patutnya arwah naik pelamin..kesian tunang dia.. Semoga tunang dia tabah hadapi dugaan..

Tuesday, May 24, 2016

Catatan hari selasa

Assalamualaikum, selamat pagi 10.37am.

Ya Allah. Bosan sungguh la kt ofis. Mek Su tak de. halfday am. Dah la takda kerja. Tunggu minggu depan ni baru ade keje. Sebab minggu claim. Dah setahun lebih kerja kat sini, aku tak nampak apa2 improvement dalam kerjaya aku. Stagnant je. Takda new things to learn. Environment pon sangat la dlm sendu,. Semua buat hal sendiri. Tak happening macam aku kerja kat bank dulu. Walaupun stress keje, but I'm happy cz at least, I do my work. Tak makan gaji buta. Tapi kt sini, aku rasa macam makan gaji buta je sebab banyak sangat waktu lapang sampai aku boleh online dari pagi sampai petang. Kadang2 seharian aku tengok video movie samada kat Youtube atau FB. Rasa bersalah tu ada, tapi ape aku nak buat lagi. Memang takda kerja. Report suma aku dah update. Sampai satu tahap aku rasa malas nak g kerja sebab takda kerja. Hahaha. Tapi, tetap nak cari gak sebab gaji sini seciput dan bonus tak selebat bank.hahha..mata duitan kau cik bunga ye.. Eh haruslah, duit is everything now. No money, no talk. No money you can't buy anything you want. No money I cannot bergaya. No bergaya, how to find calon husband? Ehh? Opps.. haha..Gatei ko ye.. Oh ya, talking about this, aku nak senaraikan ciri2 husband-to-be idaman aku..whahahha..kau ingat ade ke orang nak baca? Lantokkkkk.. Janji aku puas hati menulis.

Ciri-ciri calon suami cik bunga yang garang;
1- Nak yang tinggi dari I sebab tinggi I is 166cm height.
2- Berat sedang2 je, dalam 85kg ke bawah. sebab I pon lebih kurang je berat gitu.. haha
3- Rajin mencari rezki untuk anak bini
4- Rajin
5- Rajin
6- Sayang dan hormat kaum Hawa. Sayang emak sendiri dan tak lupa tanggungjawab ke bini.
7- Boleh blend and mix dengan keluarga dan kawan2 rapat aku.
8- Tak ustaz takpa asalkan dia boleh bimbing aku dan jadi ketua keluarga yg mengikut jalan Allah.
9- Tak sempurna di mata orang takpa asalkan sempurna di mata aku. saling melengkapi antara satu sama lain.
10- Tolong lah dapat orang yang pandai buat lawak, yang peramah.

Cukup la buat masa ni. Akhir kata terimalah;

"Aku junjung petua mu. Cintai dia yang mencintaiku"

Wassalam, 11.01am abes menaip.

Thursday, May 19, 2016

Ada Apa Dengan Cerita?

Hello hello lolly pollo ..

Wei lame nye aku tak menulis di sini. dah 2016 pon..latest post Oct 2015. phewwww.. berhabuk blog.. kekekeke..
Ok sekarang dah bulan May 2016, lagi beberapa hari dah nak bulan Ramadhan. Banyak kisah berlaku sepanjang setengah tahun ni. Antaranya:

1- Lepas balik dari dinner company 4 Mac 2016 yang lepas aku tak tahu la mana aku dapat kekuatan. Hari tu hati aku happy semacam je.. macam berbunga-bunga.. Aku pon tak tahu kenapa.. So aku macam ada kekuatan untuk mesej ASAS.. Dia pon mcm konon2 terkejut la sebab aku tetiba wa dia kn.. aku tak nak buang masa berlewah2 tanya kabar bagai, terus straight to the point tanya. Kenapa dia wat cmtu kat aku. dia mcm nk ngelak.. tp aku paksa dia gak bg jwapan.. lepas tu akhirnya dia mintak maap & mengaku salah sbb bagi harapan kat aku. time tu jugak, aku rasa lega ya amat. segala sakit dendam yg aku pendam, hilang dah.. memang dasyat ungkapan maaf kn.. tu je aku nak dgr slame ni. So sejak dari tu, aku pon da tak berdendam dgn dia, dan dah tak contact dia langsung. Dan masih try my best to move on 100%.

2- Bulan Feb-Mac, ada sorang staf kat ofis aku ajak bergaduh. Aku tak paham kenapa dia nk libatkan aku. padahal dia marah kt orang lain. tapi dengan aku skali dia terlibat. Akhirnya dia pon resign pertengahan Mac. Bagus la semoga dia aman damai kat tempat baru. Tapi jujur aku agak terkilan sebab sebelum ni aku penah rapat ngan dia. Pernah lunch sama2, breakfast semeja, gosip sama2, even aku pernah pergi rumah dia masa dia mula2 pindah rumah. Tapi disebabkan satu insiden tu, dia nak bermasam muka ngan aku. Siap fitnah kata aku ada skandal ngan manager aku yg dah berkahwen, Kepada akak tu, aku harap satu hari nanti kita akan berbaik semula. Mungkin 5-6-7-8-9-10 thn akan datang? Wallahualam. Semoga kau tak buat hal kat tempat baru ye kak. Semoga kau lebih bahagia kat tempat baru. RIP friendship. ;-(

3- Bulan Jan, aku dapat anak buah baru. Lelaki pulak. Comel ikot muka mummy dia. Tapi mulut ikot ayah dia ngan aunty2 dia.. pesen mulut kecik.. Minggu depan ni majlis aqiqah dia. Owh ye, anak buah aku yg perempuan tu dah pandai berinteraksi. Cuma belum boleh berkata2 dgn betul. Harap2 bukan anak autisme.

4- Aku belum habes ganti puasa. Dalam 4-5 hari lagi. Hope sempat habes before ramadhan.

5- Perihal kawan-kawan aku; Nina dah bersalin, Fai dah kurus dari aku, Makya dah kawen, Ayu makin sarat, Reen nak naik pelamin hujung taun ni, Anis tgh praktikal kat skola kt melaka, Fiza makin comel walaupun dah 2* tahun.

Ok. tu je la kot update. Sambung bekerja. Adios. Assalamualaikum.

Wednesday, October 28, 2015

Breakout experience

Selamat hari Rabu.. Selamat bekerja.. Selamat berehat. Salam 1 Malaysia. 

Harini nak share sikit la pasal skincare yang dok pakai la ni. Ye la muke aku kan teruk dari bulan 6 haritu dek kerana stress yang melampau. Sampai kitaran haid aku pon bercelaru. Mase Ramadhan haritu aku punye period almost sebulan. Kau rase? mampu nak ganti pose sebulan? Tapi sebenarnya kalau hukum Islam lebih 15hari dah kira Istihadah la.. Wajib puasa dan solat. Tapi aku kira gak waktu Istiadah aku tu skali dalam ganti puasa. Taknak was2.. even aku puasa time tu, aku nak ganti gak.. InsyaAllah.. 
tudung coklat gambar mula2 muka aku naik jerawat
tudung pink gambar muke aku yang asal sebelum jerawat singgah,,gebu gebass tak? haha.. sekarang tinggai kenangan je la...

Ok, back to story. Disebabkan stress yang melampau, muka aku ditumbuhi jerawat yang Nauzubillah teruk. Sepanjang hayat aku berumur 25 tahun, ni la kali pertama muka aku naik jerawat yang sangat2 teruk. Aku akui sebelum naik jerawat tu aku ada tuka2 serum muka. Tapi jerawat aku menggila bukan lah sebab produk muka, tapi memang sebab hormon tak stabil. Bayangkan, aku naik jerawat akhir bulan 5, sikit demi sikit dia naik. Bulan 6 puasa, bulan 7 raya. Kau bayangkan aku beraya dengan jerawat penuh sekeliling muka. Down sungguh aku rasa. Sampaikan masa buat majlis buka puasa kat rumah kampong, anak buah aku, lelaki, umur 5 tahun, ckap kat aku muka aku buruk sebab hitam2. Kau rasa? budak2 tak menipu weh. kalau buruk tu, buruk sungguh la jawabnye..  sentap makcik nak.! 

Time raya lagi la, memang tak beraya sangat pon, malas nak jumpa orang dengan keadaan muka yang camtu. Berbulan2 gak la aku tersiksa dengan jerawat hantu ni. Tapi Alhamdulillah sebab jerawat ni tak naik kat tengah2 muka, dia cuma naik kat sekeliling muka. Tepi pipi, bawah dagu, kat dahi.
Kak R menjadi saksi kelembapan aku malam itu, gara2 stress.. hahaha
Mula-mula naik jerawat tu aku still pakai Nour Ain lagi, complete set la kecuali serum. Pastu setelah dinasihatkn oleh kawan aku, dia suh aku stop pakai skincare, just basuh muka dengan air suam.. Disebabkan tension jerawat naik, sel-sel otak aku pon lambat berhubung. haha.. boleh pulak kawan aku suh basuh ngan air suam, aku cakap susah nak dapatkan air suam, sebab kene tunggu sejuk dlu..padahal tambah je la air sejuk owk.. haha..sengaiii.. 

Masa tu aku memang tak pakai pape, cuci muka guna sabun pon dua hari sekali.. tu pon aku tuka pencuci, aku beli safi balqis.. Hari-hari aku akan google cara-cara merawat jerawat. macam-macam cara aku jumpe. salah satunye, blogger tu suh tempek bedak aiken powder tu ala-ala bedak sejuk. tiap malam aku wat, untuk keringkan muka. Tiap hari gak aku pakai bedak tu g opis, sampai akak cleaner kat opis aku tegor, asal muke aku putih sangat (bace; tepung gomak).. giler malu kot.. hahahaha. 

Pastu aku ade follow satu homemade skincare kat fb, Homemade by Zanox, HBZ.. Die buat sendiri, cleanser, moisturizer, cream deodorant, lip balm, macam2 la die wat. Then aku pon try la cleanser die.. 55ml RM18 kot, x engat.. So far aku pakai ok la.. Tapi jerawat still tumbuh masa tu.. 

Ni la keadaan kulit muka aku dalam bulan 8 camtu.. Just a few weeks before wedding kak A. Geli kan.. sobsobsob...
Dalam masa yang sama aku beli gak antibiotic untuk jerawat,tetracycline.. Aku makan tu pon jap je,, tak abes pon aku makan sepapan tu, ade la dlm 10 biji.. sebab aku ni bangsa pemalas nak makan pil. hahaha..Disebabkan makan pon tak abes, so bakteria jerawat aku pon tak mati la., maksudnya makin membiak la depa kat muka aku ni.. T__T. 

Pastu ada satu hari tu kawan U aku post kt fb, dia kata produk ni bagus dan mengeringkan jerawat. Aku pon excited la. tak pasal2 pm member tu sbb nak tau set yang mana satu. Yang ni 1set ada 3 barang; cleanser, toner and hydration lotion. Aku pon beli la lusa tu, kat watson, RM 88 tak silap, brand Eucerin Dermopurifyer... Dan aku pakai set tu sampai la skang.. tak abes lagi.. Rasenye aku beli tu dalam bulan 8 kot? skang bulan 10.. 

Ape jadi kat cleanser HBZ? aku tinggalkan kat opis wat cuci muka before solat zohor. okla.. pastu tertumpah lak kat beg telekung aku.. kebetulan masa tu aku ada dapat free sample dari Cetaphill. So aku pakai la Cetaphill tu untuk cuci muka aku before solat zohor kat ofis. Yang Cetaphill cleanser ni aku sukeeeee sangat sebab dia sangat la mild, gentle and very soft to skin. Paling best boleh jd makeup remover.. tapi untuk makeup yang ringan2 je la.. Caranya, dengan dry hand, letak cleanser dan terus sapu ke muka.. gosok-gosok sikit dan lap dengan tisu atau basuh dengan air.. kemudian bilas.. taraaaaa... hilang dah mekap2 tu sikit. 

Adoi panjang lak entry kali ni,,jenuh nak taip. Ok, selama sebulan aku pakai Eucerin, jerawat aku ade slow sikit la tumbuh.. getting better.. tapi still tumbuh, tu yang tak syok. sebab bila tumbuh, tangan aku gatai nak usik, dah usik, memang berparut la jawabnye. huhu..

Pastu mid September aku ade isi form untuk free trial facial kat MednSpa Beauty. Then beautician dia call aku untuk try, aku pon set la apointment.. Kiranya tu macam first trial aku la wat facial. masa facial tu gile la..die g cungkil segala mata-mata jerawat, blackhead, whitehead dan biji kolestrol kat muka aku. sakit gila.. Tapi kesannya, jerawat aku da tak tumbuh, Still ada, tapi bukan tumbuh tempat yang sama. Sebab dia dah buang mata/akar jerawat tu. So disebabkan itu, aku pon ter ambil la pakej facial dia.. 4kali rawatan rm 411 include 6% Gst.. haha.. Skang tinggai 2kali sesi je lagi..  Masa sesi facial yang kedua beautician promot kat aku serum STM dorang. Aku pon beli je la,,RM78 utk 15gram/ML, untuk kegunaan 2minggu.. so far seminggu aku pakai ok la.. lembut je kulit muka aku.. parut pon macam nampak pudar sikit. Next session aku lepas Deepavali nanti... Seb bek dekat ngan ofis je., so pas abes keje, aku g la sana..  Kite tunggu kesudahannya nanti.. Harap2 la berkesan, ilang jerawat dan parut.. banyak aku melabur.. walau 4ratus, tapi banyak tu oii bagi pekerja makan gaji cam aku ni dengan gaji seciput. hahahaha. 



Ni keadaan dahi aku selepas free facial trial.


Ni pon pp belah kanan aku selepas free facial trial. Die cungkil segala akar2 mata2 jerawat maknenek sume tu,,


Pipi kiri. kalo nampak, jerawat aku disertakan dengan jerawat blackhead sbb pori tersumbat dek ekses oil sebum .. apetah. 

  


Current skincare. cleanser xde dalam gambar. haha
dari kiri, Genvera marvel white (ala2 scrub)
Toner Eucerin
Face serum STM from MednSpa beauty
Hydrating Care lotion Eucerin
Neutrogena Ultra Sheer Sun Block



Genvera Marvel White

Fungsi dia untuk tanggalkan sel-sel kulit mati dan blackhead whitehead. Di perkaya dengan extract green tea, elok untuk kulit berjerawat. Aku jarang guna sangat sebab dia mcam ala2 scrub la.. Once a week je aku pakai.. Beli pon sebab menggedik.. Dah masok guardian, nak cari lain, tapi beli lain. Bese la..orang pompuan.. hahah

Cara pakai; picitkan ke jari yang kering dan sapu ke muka yang sedang kering. Gosok2 sampai kua macam daki2 hitam tu.. pastu bilas atau cuci terus muka dengan cleanser. Kulit akan nampak fresh.



Eucerin Dermopurifyer Toner

Yang ni toner Eucerin. Before pakai toner haruslah cuci muka kan. Aku pakai cleanser dia.. Tapi harus di ingatkan ye, produk Euceri Dermopurifyer ni mmg mengeringkan muka sebab nak keringkan jerawat supaya tak membiak. Tapi kering sangat pon tak elok. So kena la pakai moisturizer.


Cara pakai: Letak kat kapas dan dap2 ke muka. Jangan gosok nanti kasar kulit. Tapi aku tak guna kapas muka, aku terus buh kat tangan dan sapu kat muka sambil tepuk2 bagi cepat serap.


STM serum from MednSpa Beauty

Pakai ni lepas toner. Pamkan ke telapak tangan sebanyak 2 @ 3kali dan sapu ke seluruh muka dan leher. Kena pakai day and night untuk kesan maksima. Nak tau lebih lanjut, blh g FB Mednspa Beauty. 



Eucerin Dermo Purifyer Hydrating Care

 Ni la moisturizer dia. Actually pakai waktu siang je. Tapi aku belasah gak, malam pon kadang2 aku pakai.. haha..jangan tiru kalo taknak muka teruk. Moisturizer dia best. Cepat serap dan kalau kau apply bedak lepas pakai moisturizer nampak cantik je.. Tapi muka aku jenis berminyak gak, so dalam pukul 11 ke atas camtu dah start oily.. Tapi takde la yang mcm boleh buat goreng pisang tu.. 

Cara pakai: Pamkan ke jari dan oleskan ke muka. Ratakan ke seluruh muka dan leher. Dap2 kan jugak untuk serapan yang cepat. 




 Neutrogena Ultra Sheer Dry-Touch Sunblock with SPF 50+

Wajib pakai untuk elakkan sunburn. So far pakai ok la.. Cepat meresap.. Boleh juga jadikan sunblock untuk badan. Harga kt Watson RM28. Beli time promo. Normal price RM 30.++. 

Cara pakai: Picit kat jari, Gosokkan kat telapak jari dulu bagi particle2 dia pecah dan oleskan ke muka. Ratakan sampai tak nampak putih sunblock. 


Haaa.. Abes pon entry skincare ni.. Jenuh oii nak menaip. Harap berguna kpd sesiapa yang mencari. 


Monday, September 7, 2015

Dejavu Di Kinabalu

Harini 6 September 2015. eh bukan, dah 12am, so dah masok 7 september 2015. Aku baru habes tengok citer Dejavu Di Kinabalu.. Padahal citer ni tahun 2012. Ape yang boleh aku cakap, citer ni memang awesome. Best giler. Penghayatan pelakon yang mantop. Sampaikan aku yang susah mak nangis tengok citer cintan cintun drama melayu pon boleh nanges. Kudos to Erma Fatima and barisan pelakon serta krew BTS. Aku juga terikut emosi tengok betapa peritnya Nadira nak handle rasa cinta dia pada Ammar. Dengan suara serak2 basah Tiz, tiap kali dia menangis memang terasa betul kesedihan dia. Aku dapat rasa keterujaan Nadira dan Ammar dlm merasakan kehadiran cinta mereka. perghh ayattt,,,nak skema.. haha.. even dah lewat 3thn baru dpt tonton citer tu, aku sangat kagum. walaupun ending nya sedih. Ada dua scenes, #teamAmmar n #teamBazli.. dua2 ending sedih. papepun, nak gtaw yang Aqasha hensem macho. hahaha.. K gudnite, sok keje.

Barisan pelakon utama; Aqasha (Ammar), Tiz Zaqiyah (Nadira),  Aishah Ilias (Inara) & Nazim Othman (Bazli)

Credit pic: Google

Bayangan cinta vs Hakikat cinta

Credit pic: Google

Scene sedih.. Dira tengah angau dengan Ammar..

Credit pic: Google

Hero saya. Hai Handsome man!! Untung your wife

credit pic: Google

Final Episod; #TeamAmmar

OST Dejavu Di Kinabalu

Butterfly :: Melly Goeslow ft Andhika ::

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu